PERPECAHAN BANI MELAYU TELAH DIATUR THE HIDDEN HAND
Sy ingin membawa anda keluar dari kepompong politik sempit kepartian. Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini, anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama, kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.
Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu, juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini, kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia, bukan para korporat dan ahli politik.
Walau bagaimanapun hebat penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor, profesor madya mahupun profesor kangkung, analisis politiknya adalah ditahap ruangan Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam demokrasi sempit, di mana demokrasi Malaysia ini pun masih berada di bawah politik NEW WORLD ORDER.
Sebab itu umat Melayu semakin berpecah. Dari satu parti iaitu Umno, menjadi dua;Umno dan Pas dan menjelang alaf baru berpecah menjadi tiga;Umno, Pas dan PKR.
Secara jujur, parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu. Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh British.
Sebagaimana biasa, setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum Islam.
Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British. Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.
Mengapa? Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata :
"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah negara itu."
Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya, perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William Reid, seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini. Common Law mesti berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord Reid, Cobbold, Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.
Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.
Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam? Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?
Tidakkah British terfikir tentang ini? Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.
Organisasinya, ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini. Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat, barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.
Tidak perlu pergi jauh-jauh. Cuba kaji isu arak di Selangor. PAS Selangor cuba mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja diperleceh oleh orang bukan Islam malah dari kalangan PAS sendiri (api dalam sekam@talibarut Freemason) semata-mata untuk menjaga kesatuan dalam Pakatan Rakyat.
Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar? Inilah demokrasi yang penuh tipu muslihat.
Kepada PAS, demokrasi bukanlah semata-mata suara ramai, itu propaganda sahaja. Itu kulit sahaja. DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT THE HIDDEN HAND. Demokrasi ibarat permainan poker. Umno dan DAP adalah pemainnya.
PAS cuba masuk untuk bermain dan jika menang, ia boleh menubuhkan negara Islam melalui demokrasi tadi
Ketika permainan, masing-masing cuba bermain 'psikologi' untuk mengelirukan. Adakalanya PAS mendapat 'pair of Ace' dan yakin boleh menang. Ketika 'flop', PAS semakin yakin, pemain-pemain lain tidak dapat menyainginya sehinggalah 'turn' dan 'rival' di mana terdapat 'pair of 2' namun Pas yakin dia tetap menang kerana memiliki 'daun' paling tinggi.
Akhirnya Pas pun 'all-in';sanggup menerima persahabatan dengan DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara Islam.
Menyerahkan segala-galanya. Tetapi salah seorang pemain juga 'all-in' dan apabila kad masing-masing dibuka,malangnya pemain tadi mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of Kind'.Akhirnya PAS yang kecewa.
DEMOKRASI adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam melaluinya. Demokrasi adalah perangkap. Demokrasi adalah jerat. Kalau begitu bagaimana? Bagaimana mahu keluar dari perangkap yang memenatkan ini? KEMBALI KEPADA PENCIPTA.
Orang ramai hatta orang Islam sendiri tidak akan menyokong konsep NEGARA ISLAM jika mereka tidak dijelaskan dengan baik apakah itu hukum Islam.
Orang bukan Islam tidak menjadi masalah. Mereka masih minoriti.
Jika orang Islam khasnya orang Melayu tidak yakin dengan agama sendiri, bagaimana orang bukan Islam mahu yakin dengan undang-undang Islam?
Jadi masalah di sini adalah orang Melayu khasnya para pengundi Umno/BN. Ingat! walaupun demokrasi penuh tipu muslihat, NAMUN kita boleh memanipulasinya sekadar yang mampu.
Katakan kita boleh pakai prinsipnya yang paling mudah, iaitu suara ramai. Bagaimana jika dalam 10 orang, seorang sahaja yang faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yang lain tidak?
Jika 'bermain' demokrasi, adakah yang seorang itu akan menang? TIDAK SAMA SEKALI. Sebab itu jika 9 orang tadi adalah orang-orang yang bodoh, maka negara akan diperintah oleh orang-orang yang bodoh dan undang-undang yang bodoh.
Itulah DEMOKRASI. Maka tugas sebenar PAS ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal dengan racun penjajah.
Jika seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang hilang akibat racun penjajah, ke dalam hati mereka, nescaya tanpa perlu ceramah PAS yang berapi-api, mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah.
PAS perlu kuat dalam siasah mereka. Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah politik. Atau SAINS POLITIK. Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya dengan ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.
PAS perlu mengkaji senario politik global. Belajar apa itu Freemason dan Illuminati. DAN SIAPA PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.
PAS kena keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada dengan politik NEW WORLD ORDER.
Inilah cabaran yang sebenar. Jika ini dapat dicapai, PAS akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.
Hak saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan. Jangan marah dan memakihamun mereka. Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah. Mungkin hanya Jemaah Tabligh yang mampu menjadi orang tengah.
Mampu mendekati saudara seagama dalam Umno, melembutkan hati mereka dan sedar supaya pemikiran bebas dari agenda MIND CONTROL.
Umno ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir memegang api dihadapannya.
Jangan samakan PAS yg dulu dgn PAS hari ini.. PAS hari ini telah rosak kerana org2 Freemason telah menyusup masuk dlm parti ini bertopengkan Islam, utk mencomotkan lagi imej PAS yg semakin kucar kacir. ini adalah perancangan Freemason utk burukkan perjuangan Islam.
==================================================================================================================================================================================================================
BUANG PERASAAN EGO
Kita kena faham senario. Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.
Jangan buta dan taksub semata. Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia. Berbagai-bagai pemainnya. Terdapat golongan Islam Liberal, Sekular,Materialis, Kauvinis, Sosialis serta Non-Muslim.
Di sana juga berkeliaran para Orientalis, Konspirator dan pejuang agama lain. Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO, pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.
Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda. Dalam istilah Islamik, organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.
Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka. Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam. Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.
Para pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat. Sudah tentu mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam. Maka lahirlah Pas. Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.
Jadi kita kena faham senario ini. Umno terdiri dari orang-orang Islam yang tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam. Pas terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.
Perpecahan orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu pertama, perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan agama. Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh 'mason-mason' tidak kira yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang diketahui majoritinya menganut agama Allah. Serangan dijalankan dalam pelbagai cara, jika ada ruang kosong, mereka akan mencelah.
Kemudian para MASON ini akan memulakan permainan.
Kita lihat senario politik global sebagai iktibar.. umat Islam harus belajar dari sejarah lampau.
Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu, kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini. Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang. Jika tidak, para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri, atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.
==================================================================================================================================================================================================================
STEREOTYPE OF CHILDS POLITICIAN
Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula. Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya. Tarikh pilihanraya amat penting baginya.
Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini. Pada waktu kempenlah, baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat,misalnya.
Ketika ini, barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar,warung-warung dan rumah-rumah. Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah. Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini, dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji. Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya.
Ini adalah 'stereotype of childs politician' .Maksudnya, ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya, bukan masa depan negara.
========================================================================================================================================================================================================================================================================================
MEMAHAMI PERCATURAN THE HIDDEN HAND
Utk memahami percaturan Freemason di Malaysia, kita recall semula kata2 Lord Chromell di parlimen British yg berbunyi :
"Jangan merdekakan mana2 negara umat Islam sehingga kamu dapati ada dikalangan mereka spt kita"..
Apa maksud kata2 itu..itulah lafaz sejahat-jahat musuh Allah..
Utk melaksanakan kata2 itu perlukan waktu bg melahirkan watak2 tempatan yg berkiblatkan pemikiran barat..
Ia dtg dari sistem pendidikan sekular krn dgn cara itu barulah watak2 itu dpt dizahirkan..
Maka dilahirkan elit2 Melayu utk menjayakan gagasan pemikiran Lord Chromell ini.. dari sinilah ia bermula.. dari sinilah masyarakat dipecahkan kepada kelas2 tertentu..
Memandangkan masyarakat Melayu punya sistem monarki dlm politik bernegara, maka sistem ini dikekalkan..
Dari situ org2 Melayu melihat penjajah menghormati institusi politik tradisi org2 Melayu?
BUKAN.....
Mereka sbnrnya sedang merosakkan insitusi tertinggi masyarakat ini dgn menyuntik roh2 pemikiran kolinial kpd elit2 kita..
Dan lihatlah hasilnya hari ini..
Lihat masalah2 yg wujud hari ini dlm kelas masyarakat kita..ia berlaku kerana praktik sistem kapitalism dlm negara kita..
Agama dihadkan dan hanya juzu' tertentu shj yg dipraktikkan..itu pun dlm bentuk Islam make-up..
Islam hanya dilihat pd praktik ibadah shj..
Ttp dlm hal2 Muamalat, kita mengikut telunjuk mereka..
Bank Islam pun ada interest rate.. Islam apakah itu?
Praktik Munakahat kita pun berterabur.. sehingga skrg masih wujud elemen2 syubahah dari praktiknya sehingga membebankan masyarakat..
Contoh: budaya kenduri puluh2 ribu,bercampur dgn amalan hindu dan kristian dlm perkahwinan..itu blm masuk bab agihan harta lg..berapa ramai yg dpt hak mengikut faraid dan berapa ramai yg faham dgn sistem ini..bab ini jer berapa ramai yg berpatah arang berkerat rotan dgn saudara2 terdekat..
Bab Jinayat, undang2 kolonial masih beraja dimata lg..kadar jenayah makin meningkat malah praktik perlakuan jenayah semakin agresif seolah negara ini tiada undang2..
Ini kesan2 zahir yg kita nmpk..
Ttp yg lbh dahsyat adalah kesan dari segi PEMIKIRAN..
Krn dari pemikiranlah membentuk sikap dan sikap itu diterjemahkan dlm bentuk tindakan dan kata2..
Kita masih bergelut dlm hal ini.. berapa ramai yg mengakui kewujudan Freemason, Rotary Club, Lion Club dlm negara tetapi bersikap defensif bila watak2 tertentu yg jd idolanya dikaitkan dgn anasir2 Freemason..
Inilah mental block yg masih menghantui kita.. umpama tembok berlin dan tembok pemisah di Tel Aviv..
Tak mengapa kalau mereka tak bersetuju tetapi tampil la dgn fakta.
Tetapi org yg celaru suka keluar dari persoalan dan mengajak kita keluar dari perbincangan asal..
KENAPA??
Krn org2 begini hidup dlm penafian...
Ibarat kita tgh bincang bab tiang,dia cerita bab tingkap dan atap..
Mereka mengaku rajin membaca, tapi kenapa berhujah isi ke laut??
Ingat! Buku2 Sejarah, Sains Sosial etc yg kite pelajari di sekolah. kolej atau universiti, semuanya buku yg telah dikaji dan diluluskan oleh British. Semua buku dlm Perpustakaan Negara perlu dpt kelulusan KDN.. KDN dicontrol oleh Freemason.
Begitu juga Buletin Utama, RTM, Utusan Malaysia etc...
So, Media mainstream berada dibawah kawalan SIAPA??
p/s: Freemason mencipta sistem politik yang menyebabkan umat Islam bercerai-berai, supaya bila Islam LEMAH, senjata kita paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab.
============================================================================================================================================
KESIMPULAN
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” (Surah Ali ‘Imran: 103)
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.