Terdapat lapan rang undang-undang yang akan dibawa oleh kerajaan dan juga 22 usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen lain yang perlu diutamakan mengikut peraturan Dewan Rakyat. |
Usul undi tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia disenaraikan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat di Dewan Rakyat hari ini (Khamis).
Usul tersebut dibawa Ahli Parlimen Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diletakkan di senarai usul terakhir iatu nombor 31.
“Bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia,” tulis usul tersebut.
Usul undi tidak percaya yang dibawa Wan Azizah itu bagaimanapun mempunyai harapan tipis untuk dibentang dan dibahas.
Ini kerana, terdapat lapan rang undang-undang yang akan dibawa oleh kerajaan dan juga 22 usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen lain.
Dalam peraturan yang ditetapkan di Dewan Rakyat, usul yang dibawa oleh Kerajaan haruslah diutamakan terlebih dahulu sebelum dibincangkan usul-usul persendirian.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.