Liyana Jasmay Ada Formula Sendiri, Bakal Terbitkan Filem Bella & Jamie

Liyana Jasmay Ada Formula Sendiri, Bakal Terbitkan Filem Bella & Jamie


KL, 17 APRIL 2015: Setelah sekian lama berkecimpung di dalam dunia perfileman sebagai anak seni, aktres Liyana Jasmay yang dilihat mencintai sepenuhnya bidang yang dipilih sejak usia belasan tahun ini dengan perkembangan terbaru daripadanya.

Menerusi syarikat produksi milik Liyana dan keluarga, Mermaid Studio, kini terus mengorak langkah dalam menambah portfolio syarikatnya itu dengan projek terbaru Bella & Jamie. Ia merupakan filem pertama yang bakal diterbitkan oleh Mermaid Studio.

Anak bongsu kepada pasangan Datuk Jasmay dan Datin Hapsah ini bakal memikul tanggungjawab besar agar percubaan pertama Mermaid Studio dalam bidang penerbitan filem berjaya. Liyana memiliki formulanya tersendiri walaupun maklum mengetahui industri perfileman tempatan kini tidak dapat diramal pasang surutnya.

" Kebanyakkan filem kita sekarang tidak relevan dengan isu atau trend zaman sekarang. Apa yang saya lihat, golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan kerana tiada daya tarikan yang mendekatkan mereka dengan filem itu.

"Mungkin ada yang cuba untuk ikut trend pun, tetapi lepas dua tahun baru ditayangkan, tarikan yang ingin ditonjolkan menjadi lapuk dan ketinggalan. Itu yang dapat saya rumuskan selepas cuba memahami apa yang kurang atau macam mana nak tarik orang muda menonton filem sekarang.

" Kita kena hasilkan sesuatu karya yang ikut perkembangan semasa dan masih relevan ketika ditayangkan di pawagam kelak. Selain itu, konsep pemasaran juga amat penting bagi menarik perhatian ramai, tetapi ramai yang terlepas pandang perkara ini," katanya kepada media ketika pelancaran filem Bella & Jamie di hotel Berjaya Times Square, Khamis, semalam.

Bella & Jamie merupakan idea asalnya bersama pengarah Fairul Nizam Ablah yang menceritakan tentang dua sahabat baik yang akan diterajui pelakon Juliana Evans, Khir Rahman, Dynaz Mokhtar dan Izzue Islam.

Ia mengisahkan persahabatan antara Bella & Jamie dimana hubungan mereka lebih erat selepas mendapat tahu bapa Jimie dan ibu Bella merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers