Azmir Ariff luah rasa di Facebook

Azmir Ariff luah rasa di Facebook


KUALA LUMPUR: Sudah lama penyanyi Azmir Arif berusaha membuktikan bakat nyanyian yang dimiliki sehingga sesetengah pihak masih memandang rendah terhadapnya.

Namun, bagi Azmir sikap skeptikal dan prejudis itu sesuatu yang biasa dan sudah terlalu lama ditelannya.

Sekali pandang, tiada cacat celanya apabila melihat jejaka kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang ini. Itu tidak dinafikan kerana Azmir sebenarnya masih mempunyai tarikan tersendiri.

Bagaimanapun, Azmir yang bersuara sengau pernah diperlekeh, dihina dan menjadi bahan ketawa.

Namun siapa sangka di sebalik kekurangan itu dia mampu menyanyikan lagu dengan begitu baik dan lancar.

Sebagai hamba yang kerdil, dia pasrah menerima ketentuan-Nya dan tidak pernah sesekali merungut menjadikan masalah itu sebagai penamat perjuangannya.

Sebentar tadi di laman Facebooknya, Azmir Ariff meluahkan perasaan kenapa lagu dendangannya tak diputarkan di corong radio, selain jarang muncul di kaca televisyen.

"Tak mengapalah, rezeki itu Tuhan tentukan. Yang penting kita berusaha dan jangan berputus asa. Saya tak pernah pun rasa menyesal berada di dalam industri seni selama hampir tujuh tahun mahupun merasa lelah atau berputus asa walaupun lagu saya tidak berkumandang di corong radio.

"Mungkin rezeki saya masih belum sampai. Saya juga tidak pernah salahkan wartawan atau stesen radio kerana mereka juga pernah membantu saya.

"Saya bersyukur masih ada orang yang mengenali saya sebagai penyanyi yang bercakap "SENGAU" tapi dianugerahkan bakat untuk menyanyi.

"Untuk kesekian kalinya saya kuatkan semangat saya untuk mencuba nasib dalam dunia seni ini dengan melancarkan album terbaru saya yang akan berada di pasaran Insya-Allah Mei depan.

Semoga impian saya untuk mewarnai dunia seni ini akan menjadi kenyataan. Doakan kejayaan saya dan semoga mendapat sokongan daripada anda semua," katanya di laman Facebook.

PROFIL Azmir Arif

Nama sebenar: Mohd Azmira Mohamad Arif

Tempat lahir: Balik Pulau, Pulau Pinang

Zodiak: Virgo

Tarikh lahir: 15 September 1983

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers