KUCHING: Superstar filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan akan bertemu peminat pada 4.30 petang Sabtu ini, di Bangunan Mahkamah Lama di sini, dan bukannya esok seperti dilapor media hari ini.
Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015, Livan Tajang.
Beliau berkata, Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok. Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit.
"Ini adalah penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching," katanya.
Livan juga mengesahkan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akan tiba pagi Sabtu untuk menyertai personaliti lain, bersama-sama Chan menghadiri malam gala AIFFA pada hari yang sama di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Lebih 60 selebriti dari 10 negara ASEAN bersama-sama perwakilan dari China dan Korea turut dijangka menghadiri malam gala itu.
Katanya, majlis penyampaian hadiah akan disiarkan secara langsung di TV2, bermula 9 malam manakala acara karpet merah pula bersiaran di TV1 pada 7.30 hingga 8 malam. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46601
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.