Awi Rafael jauhi kontroversi

Awi Rafael jauhi kontroversi


KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael, 28, menjadikan 2015 sebagai tahun untuk membangunkan muziknya dan jauh daripada segala kontroversi bagi mengukir lebih banyak kejayaan dalam persada seni hiburan tempatan. 

Jejaka itu mengakui yang beliau belajar daripada kesilapan lalu, lantas menyimpan hasrat untuk mengembangkan kerjaya seninya berbanding kisah peribadi. Buat masa ini, Awi lebih selesa bekerja di belakang tabir serta menghasilkan lagu untuk penyanyi tempatan.

"Mungkin ada yang mengatakan saya seperti sepi sekarang kerana kurang muncul di media. Bagi saya, belum masanya lagi kerana saya masih dalam proses pembikinan produk terbaharu.

"Saya turut berasa teruja apabila ada artis popular seperti Anuar Zain dan Alyah meminta lagu daripada saya. Malah, Datuk Siti Nurhaliza turut meminta sebuah lagi lagu. Ini satu pengiktirafan buat saya," katanya. Awi masih berada di bawah pengurusan Warner Music dan bakal merakamkan single terbaru berjudul Kau Dihatiku.

Kata Awi, mereka merancang untuk berkolaborasi dengan seorang artis tempatan. Pelantun lagu Kalau Aku Kaya itu memberitahu, beliau begitu teruja untuk terus bekerjasama dengan Altimet, namun rapper itu menyarankan supaya Awi menggunakan muka baharu bagi mengembangkan lagi industri hip hop.

"Tidak dinafikan saya memang ingin kembali bekerjasama bersama Altimet tetapi beliau menyarankan supaya saya memberi peluang kepada orang baharu pula. Insya-Allah, lagipun industri hip hop semakin diiktiraf dan banyak muka baharu yang wajar diberikan peluang.

"Saya juga ingin mengetengahkan dua kumpulan muda di bawah pengurusan saya iaitu Girl Republik dan Carla.

Saya mempercayai bakat mereka dan ingin membawa mereka pergi lebih jauh dalam bidang seni," katanya. Selain itu, Awi turut diberikan kepercayaan untuk menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem Suamiku Jatuh Dari Langit, yang dibintangi oleh Nora Danish, Qi Razali dan Atikah Suhaime.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46598

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers