Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat

Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat

Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Penyanyi Dato` Siti Nurhaliza berkongsi rasa gembira bersama peminat menerusi laman Instagram dengan ‘repost’ gambar album terbarunya yang berjudul Fragmen.

Apa yang Murai boleh kongsikan di sini, album barunya itu telah mula dijual di sekitar ibu negara dan dia memohon kepada peminat di luar Kuala Lumpur agar bersabar kerana album tersebut akan dijual di tempat mereka tidak lama lagi.

Terdapat juga komen-komen peminatnya di luar negara terutama dari Indonesia, Singapura mahupun di Brunei yang tidak sabar-sabar ingin memiliki album terbaru Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza juga mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya Sitizoners yang tidak putus-putus memberi sokongan dan antara peminat yang pertama memiliki album itu.

Murai tidak pasti ada beberapa buah lagu dalam album itu dan antara tajuk lagu yang telah dikongsikan di laman Instagram ialah Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Terbaik Bagimu dan Membunuh Benci.

Menerusi kulit album Fragmen, Dato` Siti dilihat memakai busana serba hitam dan hasil kreativiti yang ditonjolkan untuk album kali ini mempunyai  nilai seni tersendiri.

Pelancaran album ini, Murai belum pasti bila akan diadakan namun yang pasti buah tangan terbaru dari Siti Nurhaliza memang ditunggu-ditunggu oleh peminatnya yang tersayang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers