Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?

Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?

Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Minggu lalu, industri hiburan telah dikejutkan dengan kontroversi melibatkan syarikat pengurusan Wirefame Entertainment Sdn Bhd yang dikatakan telah dibekukan akaunnya.

Berikutan kontroversi itu, Pengarah Urusan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Marina Juki, meminta rakan kongsinya aktor Zizan Razak agar memberikan penjelasan dan sebab yang munasabah di atas tindakannya membekukan akaun syarikat baru-baru ini.

Zizan dikatakan telah membekukan dua akaun syarikat WFE pada 4 jun lalu tanpa pengetahuan atau persetujuan Marina sebagai rakan kongsi.

Tindakan Zizan itu telah menyebabkan berlakunya perbalahan antara Zizan dengan beberapa orang selebriti yang bernaung dibawah WFE seperti penyanyi Kaka dan pelakon Johan As`ari.

Sudah tentunya kedua-dua selebriti ini mempunyai sesuatu yang ingin diperkatakan berikutan kontroversi tersebut.

Justeru, MeleTOP malam ini akan menjemput Johan dan Kaka untuk hadir sebagai tetamu jemputan dan memperkatakan sesuatu tentang kontroversi ini. Johan dan Kaka juga bakal berkongsi perkembangan terbaru khas buat peminat MeleTOP.

Selain mereka berdua, bekas peserta program Pencetus Ummah menerusi Astro Oasis iaitu Ustaz Yeop turut akan bersama program MeleTOP untuk berkongsi kisah-kisah menarik sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak selain mempromosikan program terbaru diberi nama Ya Ustaz yang akan ditayangkan di Astro Ceria.

Jangan lupa menyaksikan program MeleTOP malam ini bersama hos anda, Nabil Ahmad dan Neelofa pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

iskandarX: Tindakkan tidak matang dan juga tidak memang tak matang langsung bro.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers