Soo Wincci Nafi Berpuasa Kerana Teman Lelaki Beragama Islam
Sumber : mStar Online
KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi penyanyi Soo Wincci berpuasa dan oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam.
Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.
“Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.
“Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.
Disamping itu, Soo Wincci juga turut menceritakan kesukaran untuk berpuasa pada tahun ini memandangkan dia kini menetap di Taiwan.
“Berpuasa di sini amat berbeza terutamya daripada segi masa kerana di Taiwan masanya lebih panjang berbanding Malaysia.
“Untuk bersahur, saya kunci jam pada pukul 3 pagi setiap hari kerana di sini waktu Subuh adalah pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa pula lebih sejam daripada Malaysia.
“Kalau di Malaysia, saya ada ramai rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat Islam tidak ramai.
“Namun saya yakin, saya dapat menjalani puasa ini dengan baik.” ujarnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.