Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS

Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS

Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Sepanjang bulan Ramadan ini, barisan selebriti popular akan muncul di Festival Ramadan@PKNS 2014 anjuran anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu PKNS Real Estate Sendirian Berhad.

Orang ramai berpeluang bertemu selebriti seperti Rabbani, Chef Zam, Heliza Helmi, Raihan, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart, Salima AF, Imam Muda Azhar, Fakrul dan Najdi di Kompleks PKNS Bangi, PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Wisma Yakin.

Kesemua mereka akan muncul mempersembahkan nasyid dan tazkirah bagi memeriahkan festival itu setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain persembahan, turut diadakan persembahan pakaian beragam, pertandingan bercerita dan mewarna selain promosi jualan seperti pakaian, hiasan rumah, kuih raya, makanan dan sebagainya.

Sementara itu, matlamat Festival Ramadan@PKNS 2014 bertujuan mengajak orang ramai menghayati keberkatan dan keistimewaan Ramadan Al-Mubarak menerusi konsep ibadah, riadah dan membeli belah, sekali gus dapat membantu peniaga kecil dan sederhana menjana pendapatan dan meningkatan ibadah sepanjang Ramadan ini.

Pada masa sama, pihak pengurusan juga ingin memberi peluang kepada badan bukan kerajaan, Aman Palestin untuk menyampaikan mesej keamanan dan kemanusia Gaza kepada pengunjung menerusi beberapa aktiviti seperti persembahan artis.

Lembaga Zakat Selangor juga mengambil mengambil bahagian memeriahkan aktiviti dengan menyediakan hadiah cenderahati untuk pengunjung bertuah yang berjaya menjawab soalan berkaitan zakat.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, pengedaran bubur lambuk turut diadakan pada setiap minggu kepada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut mengenai Festival Ramadan@PKNS 2014, orang ramai boleh hubungi talian 03-55204567 atau lawati laman sosial Facebook iaitu ‘Festival Ramadan@PKNS 2014’.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers