Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah

Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah

Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah


Foto Kredit: Suhaizul Izhar

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Vokalis Wings, Awie enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia 'membelasah' isterinya sewaktu ditemui di luar Mahkamah Majistret Ampang, awal pagi tadi.

“Maaf saya tak mahu mengulas lanjut tentang kes ini kerana bimbang ia akan mengganggu proses perbicaraan mahkamah. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya kerana kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelas Awie lagi sebaik saja perbicaraan berakhir.

Ketika ditanya adakah kes ini memberi kesan terhadap karier dan kerjayanya sebagai seorang selebriti, Awie memberitahu, semuanya berjalan seperti biasa.

“Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa, tetapi jika ditakdirkan Allah rezeki saya terhenti setakat hari ini, saya reda dan terima perkara tersebut,” jawabnya tenang.

Mengenai penyebaran gambar seorang wanita dipukul yang didakwa isterinya yang tersebar di laman sosial Awie memberitahu dia tidak dapat menghalang masyarakat daripada melemparkan kata-kata negatif.

“Biarlah apa orang nak cakap…Saya tak kisah dengan semua itu…Cuma, saya tak sangka perkara ini akan menjadi besar,” katanya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, dalam satu kejadian di Ampang pada 2 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 manakala peguam, Hazman Harun dan Aimizaizul Amran yang mewakili Awie memohon jumlah jaminan dikurangkan atas beberapa alasan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers