Johan As'ari: JAFC Tidak Bubar Tetapi Cuma Tukar Pengurusan
KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2014: Ekoran isu pembubaran Kelab Peminat Johan As’ari (JAFC) seperti yang dilaporkan portal Murai.com.my pada pagi Khamis, pelakon Johan As’ari akui berlaku salah faham mengenai perkara tersebut.
Namun menurut aktor Juvana itu, dia menerima keputusan yang dibuat pihak pengurusan JAFC menerusi pengurus kelab tersebut mengenai hasratnya untuk tidak mahu meneruskan lagi khidmatnya bersama JAFC mulai semalam (Rabu).
“Saya tak kisah jika itu keputusan yang dia (pengurus kelab) ambil kerana bagi saya setiap orang bebas untuk membuat keputusan mereka. Lagipun saya yakin dia mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersama JAFC lagi. Mungkin kerana komitmen mereka tidak mampu untuk menguruskan JAFC.
“Saya tahu mengenai perkara ini selepas ianya kecoh di Instagram dan saya ada menjawab pertanyaan dia (pengurus kelab) dengan baik dan memohon surat penubuhan JAFC dipulangkan semula kepada saya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Bagaimanapun menurut Johan, JAFC masih ada dan belum dibubarkan.
“Kenapa perlu bubar…saya masih ada di sini kan…Saya juga masih sayangkan JAFC kerana bagi saya mereka yang telah banyak membantu menaikkan nama saya dan kerjaya sehingga ke saya berada di tahap sekarang.
"Saya percaya jika pengurus kelab yang sekarang ni sudah tidak mahu menguruskan JAFC lagi pasti ada peminat lain yang bersedia untuk menggantikan tempat dia. Saya harap ada yang sudi untuk meneraju JAFC,” katanya.
Menjawab mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh pengerusi kelab terbabit mengenai keengganan Johan untuk mengeluarkan bajet bagi majlis berbuka puasa JAFC, pelakon tersebut memberitahu perkara tersebut hanyalah salah faham.
“Saya ada komen di situ (Instagram) sekiranya mahu mengadakan majlis berbuka puasa saya tidak kisah, cuma tahun ini saya tidak mempunyai budget.
“Saya tidak berniat apa-apa cuma mahu bersikap jujur dengan peminat…Saya yakin mereka faham keadaan saya sekarang.
“Jika dia benar-benar peminat tegar Johan As’ari takkan dia tidak mengikuti perkembangan saya sekarang terutama dengan masalah yang saya hadapi dengan syarikat pengurusan saya Wirefame Sdn. Bhd.?
“Tidak mengapalah, jika dia mahu undur diri dari JAFC silakan…Saya berserah kepada Allah S.W.T kerana saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini,” jelas Johan.
Selain itu, mengenai tuduhan yang mengatakan Johan As’ari, bekas kekasih dan Wirefame menuduh JAFC mengikisnya, pelakon itu hanya memberitahu bahawa ianya adalah satu tuduhan tidak berasas.
“Saya tidak mahu jawab tentang itu. Ia tuduhan tidak berasas,” jawabnya tegas.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.