Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun

Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun

Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Model dan pelakon Felixia Yeap atau nama muslimnya Rania mengesahkan yang dia telah pun mengucap 2 kalimah syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut status yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, Felixia mengucap kalimah syahadah di hadapan keluarga terdekat bersama-sama dengan kenalan rapat yang tidak putus-putus memberi semangat agar terus beristiqamah dan bertakwa kepada-Nya.

Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun


Felixia memilih mengekalkan nama asal dan hanya menambah Rania di hadapan namanya kerana mahu mengekalkan nama Cina yang diberikan oleh ibunya yang bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".

Di dalam blognya, pelbagai cerita dan dugaan yang telah diluahkan sebelum berkeputusan untuk memeluk Islam dan mengapa dia memilih islam sebagai pegangan hidup.

Antara yang Murai boleh kongsikan, dia pernah pergi mempelajari dan cuba mendekatkan diri dengan agama lain tetapi tidak dapat merasa dirinya dekat dengan Tuhan.

Akhirnya hatinya lebih meminati agama Islam dan merasakan Islam lebih dekat di hatinya dan membuatkannya rasa lebih tenang dan bersyukur dengan ajaran yang menekankan hidup yang bersederhana.

Walaupun kehidupan Rania sebelum ini telah dilimpahi pelbagai kemewahan dan wang ringgit, dia merasakan ia tidak memberi apa-apa jaminan dalam kehidupan di akhirat kelak.

Bagaimanapun, Felixia juga melahirkan rasa syukur dengan ibunya yang merestui keinginan anak gadisnya itu dan tidak pernah membantah apa yang dia inginkan.

Ibunya pernah berkata, dia sudah banyak berubah lebih baik dan matang serta sudah dewasa.

Apa-apa pun Murai dengan kesempatan ini turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan Rania Felixia Yeap memeluk agama Islam. Semoga Rania menjadi muslimah sejati dan menjadi ikon kepada generasi muda.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers