12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014

12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014

12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014 - Seramai 12 orang selebriti terkenal akan memeriahkan Karnival Teratak Glam Raya 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Barisan selebriti tersebut akan menjual pelbagai produk seperti biskut raya, tudung, pakaian dan barangan pre-loved milik mereka pada acara tersebut.

Selain barisan artis, terdapat ratusan peniaga lain yang turut menjual pelbagai barangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Karnival itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.Antara selebriti yang bakal terlibat pada acara itu nanti adalah Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Elfira Loy.

Manakala Emma Maembong, Zara Zya, Diana Danielle dan Achey turut sama memeriahkan karnival berkenaan dengan pelbagai barangan jualan yang menarik.

Sementara itu, pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant, Zara Zya memberitahu bakal menjual pelbagai jenis biskut raya seperti Almond London, Tart Gulung, Tart Buah, Tart Strawberi, Almond Cluster dan Almond Crunchy.

Lain pula dengan pelakon dan pengacara Neelofa, dia akan membuka gerai untuk menjual kanta lekap jenama miliknya iaitu Lofa Lens.

Menggunakan tagline Make Your Eyes Pop! Neelofa bakal membariskan pelbagai warna kanta lekap khas buat para pengunjung karnival berkenaan dengan harga istimewa.

Manakala pelakon yang baharu sahaja bergelar ibu, Liyana Jasmay memberitahu akan menjual barangan peribadi seperti beg tangan dan baju miliknya.

Malah Liyana turut rancak mempromosikan karnival berkenaan kepada para peminatnya di laman sosial Instagram.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers