Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


Ahmad Idham tampil dengan filem berat yang terbaru, berjudul "Tembus" lakonan selebriti hebat Aaron Aziz dan Luna Maya.

Filem terbaru arahan sutradara Ahmad Idham, ‘Tembus’ bakal menerjah pawagam pada 28 Julai ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Nur Fazura, Khir Rahman dan bintang sensasi Indonesia, Luna Maya, filem ini menjanjikan kelainan kepada penggemar filem-filem Melayu di luar sana.

“Jika sebelum ini saya seringkali mengarahkan filem bertemakan komedi, percintaan dan seram, menerusi filem terbaru saya, ‘Tembus’, saya tampilkan kelainan. Saya bawakan tema drama berat dalam filem saya. Saya percaya yang filem ini ada aura yang berbeza untuk memberikan kesegaran kepada genre-genre filem arahan saya sebelum ini,” jelas pengarah filem ‘Hantu Nan Sempit’ itu.

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


“Saya sudah lama mahu mengarahkan filem sebegini. Saya ketengahkan jalan penceritaan yang berat, mengenai krisis dan skandal dalam rumah tangga serta saya juga menampilkan isu penculikan kanak-kanak dalam filem ini,” ujarnya lagi.

Menampilkan nama-nama besar sebagai teraju filem terbarunya, Idham juga memberi sedikit komen mengenai risiko filem ini ditayangkan sempena dengan sambutan Hari Raya.

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


“Saya akui, ada risikonya. Tapi sebelum ini, filem arahan saya, ‘Hantu Bonceng’ ditayangkan di pawagam semasa sambutan Syawal dan berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Saya berharap perkara ini akan terjadi semula kepada filem ‘Tembus’.

Bercakap mengenai nama-nama besar pula, saya akui itu merupakan strategi pihak penerbit. Filem ini juga sudah dirisik untuk ditayangkan di Indonesia, namun semuanya masih lagi dalam proses perbincangan,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Tayangan Filem Tembus di Cathay Cineleisure, Damansara baru-baru ini.

Baru-baru ini, Idham mengesahkan yang dia meninggalkan syarikat penerbitan Excellent Pictures Sdn Bhd sejak bulan Mei lalu. Excellent Pictures kini diusahakan sendiri oleh rakan kongsinya, manakala dia bersama keluarga pula telah pun berpindah ke Nusajaya, Johor bagi memberi fokus kepada akademi yang baru ditubuhkan olehnya iaitu Ahmad Idham Film Academy.

“Selepas filem ini, saya berehat seketika. Tapi sebenarnya saya masih ada empat lagi filem bersama Excellent Pictures. Keputusan saya untuk meninggalkan syarikat adalah kerana saya sendiri mahu fokus kepada akademi saya dan saya rasa tidak adil jika saya hanya menjadi ‘sleeping partner’ dalam syarikat,” ujar Idham mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers