Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems
Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems untuk kukuhkan perkomputeran awan bagi menangani isu pengambilalihan industri peruncitan dan perhotelan.
REDWOOD SHORES, California: Oracle Corp mengumumkan rancangan membeli Micros Systems pada pertimbangan AS$5.3 bilion (RM17 bilion) sejajar rancangan pengembangan agresif pengeluar perisian kedua terbesar dunia itu menerusi pengambilalihan.
Pembelian Micros, yang menyediakan perkakasan dan perisian kepada industri peruncitan dan perhotelan, adalah pengambilalihan berbilion dolar pertama syarikat itu yang diterajui Larry Ellison dalam tempoh lima tahun selepas mencatat prestasi kewangan hambar pada suku keempat lalu.
Penganalisis mengunjurkan pengambilalihan itu sebagai yang pertama daripada beberapa lagi rancangan sama bagi Oracle yang sudah mula merasa kesan perang harga daripada pesaing seperti Salesforce.com Inc dan Workday Inc bagi perisian berasaskan internet mereka.
“Saya rasa Larry Ellison baru sedar syarikat itu perlu kembali agresif dan kini menggerakkan M&A (penggabungan dan pengambilalihan),” kata penganalisis di FBR Capital Market, Daniel Ives.
“Memang sudah jelas Oracle perlu bertindak cepat untuk menyuntik lebih banyak ‘minyak pembakar pertumbuhan dalam enjinnya’ untuk menyemarakkan pertumbuhan bagi rangkaian produk utama keluarannya,” kata Ives.
Janji niaga dengan Micros akan membantu Oracle mengembangkan rangkaian perkomputeran awan untuk segmen perniagaan yang mana ia sudak agak lewat untuk masuk ke pasaran.
Micros menjual mesin daftar tunai dengan sambungan internet dan perkomputeran awan seperti e-dagang dan pengurusan perhubungan pelanggan kepada rangkaian hotel dan restoran termasuk kepada Louvre Hotels, TGI Friday's dan Yum Brands Inc (syarikat induk KFC dan Pizza Hut).
Bagi tahun kewangan berakhir Jun 2013, pendapatan Micros naik 15 peratus kepada AS$1.27 bilion (RM4.08 bilion).
Saham Oracle malam tadi ditutup naik 0.7 peratus kepada AS$41.09 (RM132). - Reuters
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.