Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan

Garmin Vívofit gelang kecerdasan keluaran Garmin sesuai bagi mereka yang ingin menambahkan semanggat serta tenaga.

PERNAH dengar nama gajet ini. Vívofit (veevo-fit) iaitu gelang kecergasan keluaran Garmin yang kini mula diminati di serata dunia. 

Bukan sekadar menjadikan pemakainya bergaya tetapi amat ringan dan sememangnya direka untuk menjadikan keinginan yang baik kepada amalan seumur hidup. 

Vivofit dapat memenuhi kehendak mereka yang memerlukan lebih semangat untuk bangkit daripada sofa atau meninggalkan meja di tempat kerja buat seketika untuk berjalan-jalan di luar.

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Keunikan gelang kecergasan ini seharusnya memikat sesiapa saja yang gemar bersukan, bersenam dan menyertai aktiviti aerobik. 

Anda boleh memantau jumlah langkah diambil, kalori yang dibakar, berapa jauh anda daripada matlamat kecergasan dan ukuran metrik lain. 

Malah di atas skrin, gelang itu terdapat garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang dan lebih panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam dan mengingatkan anda supaya bangun dan membuat senaman ringan. Gelang ini mudah dibuka dan ditukar. 

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Mula di pasaran Malaysia 

Baru-baru ini, pengedar tunggal produk Garmin di Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn. Bhd memperkenalkan gelang kecergasan itu untuk pasaran di Malaysia. 

Sebaik memakai gelang berkenaan, anda akan dimaklumkan mengenai matlamat harian, memantau perkembangan dan mengingatkan masa sudah sampai untuk melakukan senaman. 

Pemilik vívofit tidak perlu bimbang dengan jangka hayat bateri kerana alat ini mampu bertahan selama setahun dan kalis air sedalam 50 meter. Boleh disesuaikan dengan pemantauan kadar denyutan jantung. 

Vívofit dapat mengenalpasti tahap aktiviti semasa dan kemudian membuat jangkaan matlamat harian. Jika matlamat atau sasaran dicapai, vívofit akan membuat jangkaan matlamat untuk hari esok. 

Walaupun sekadar berjalan-jalan dengan jarak dekat sepanjang hari, anda boleh meningkatkan tahap kecergasan dan vivofit akan menyimpan semua data. 

Vívofit membolehkan anda memantau perkembangan 24 jam, tujuh hari seminggu termasuk pemantauan tidak aktif serta pemantauan ketika tidur. 

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Tetapkan mod tidur 

Selain itu, pemilik boleh menetapkan pada mod tidur apabila masuk waktu tidur yang membolehkan vívofit memantau kualiti rehat. Dengan sentuhan pada satu butang, pengguna penggunaan diselaraskan dengan Garmin Connect iaitu komuniti kecergasan atas talian percuma. 

Malah, gajet ini boleh diselaras dengan sistem iOS 4S dan ke atas serta Android 4.3 ke atas. 

Jika anda menggunakan alat memantau denyutan jantung, vivofit akan menyimpan data denyutan jantung dan zon data akan menunjukkan maklumat jumlah kalori yang dibakar bagi sebarang aktiviti seperti larian atau kelas kardio di gimnasium. 



Garmin Vívofit yang ditawarkan dalam lima warna sesuai untuk kegunaan termasuk aktiviti berlari. Bagaimanapun ia tidak sesuai untuk berbasikal kerana tidak dapat mengesan sebarang data.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers