Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu

Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu

Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Biarpun produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sudah membuat penampilan serta kenyataan secara  eksklusif bahawa dia kini sudah pun berhijrah serta berhijab kepada pengacara Hlive! Special, Datuk Aznil HJ Nawawi sewaktu program infotainment itu bersiaran di Astro Ria pada malam semalam, hakikatnya Raja Azmi Raja Sulaiman sudah pun mula berhijab secara rasmi pada 29 Mei 2014 yang lalu.

Keputusan untuk memakai hijab pada tarikh tersebut (29 Mei 2014) telah dikongsi kepada Editor In-Chief Portal Murai iaitu Ellyna Ali beserta rakan-rakan terdekat serta ahli keluarganya yang lain, beberapa hari sebelum itu.

Namun, Raja Azmi meminta supaya hal tersebut dirahsiakan kerana pada  tarikh yang  sama juga dia mahu mengadakan Kenduri Doa Selamat di atas penghijrahannya itu beserta menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi
 "Kenduri Doa Selamat itu  saya buat untuk mengaminkan niat saya untuk berhijrah dan saya juga mahu memohon kepada Allah SWT supaya dapat menetapkan iman saya serta diberikan hidayah agar saya dapat terus memperbaiki kelemahan diri saya dan terus belajar untuk menjadi muslimah yang baik.

"Kebetulan, tarikh itu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat, jadi memang kena sangatlah saya buat kenduri tersebutdan saya juga mahu mengambil keberkatan bulan Ramadan ke atas penghijrahan saya ini.," katanya kepada Portal Murai.

Menurut Raja Azmi lagi, keputusan untuk berhijarh dibuat selepas memikirkan pelbagai aspek terutama selepas tercetusnya kontroversi apabila dia mempersoalkan isu wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

"Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, saya telah dihambat dengan pelbagai kritikan dan saya mula berfikir balik bahawa sedikit-sebanyak kritikan itu  ada kebenarannya.

"Akhirnya saya cuba mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam. Malah saya juga membuat sembahyang Istikarah

"Akhirnya saya temui jawapan dan pada satu pagi, terus terdetik di hati saya untuk berhijrah dan Alhamdulillah sekarang ini Allah SWT sudah memberikan petunjuk dan jalan untuk saya berhijab sepenuhnya," katanya lagi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers