Bandi Amuk Mohon Peminat Doakan Kesihatan Anak Lelakinya


Bandi Amuk Mohon Peminat Doakan Kesihatan Anak Lelakinya


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Bandi Amuk memohon daripada esemua peminat peminatnya agar dapat  mendoakan kesihatan anak lelakinya,
supaya pulih seperti sedia kala.

“ Anak saya dimasukkan ke hospital sejak 4 hari yang lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, tetapi sebelum ke hospital dia menangis dan mengadu sakit dada di sebelah kanan yang amat sangat sehingga sukar bernafas,” katanya dihubungi Murai.

Menurut Bandi lagi, Saiful telah pun menjalani rawatan CT Scan bagi mengenal pasti punca penyakitnya  itu.

“ Keputusan CT Scan akan diketahui dalam tempoh 2 atau 3 hari dan saya harap keputusannya adalah positif oleh pihak doktor,” ujarnya.

Saiful seorang remaja yang sangat aktif bersukan serta aktiviti lasak yang lain.  Dia juga bekerja sambilan di sebuah hotel di Johor Bahru bersama rakan-rakannya sebelum dimasukkkan ke HSA.

 Buat masa ini, Bandi terus memberi semangat dan dorongan kepada anaknya agar tidak mudah patah semangat dan tidak terlalu memikirkan ke arah negatif.

Hanya doa dan tawakal kepada Allah yang mampu Bandi sekeluarga lakukan demi anaknya tersayang. Di kesempatan ini, warga Portal Murai juga turut mendoakan agar kesihatan Saiful pulih seperti biasa.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers