Biar Betul Ana Dahlia Sudah Bertunang Dengan Ubaidullah?
KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah pepatah yang boleh digambarkan mengenai situasi pelakon Ana Dahlia apabila cubaannya untuk menyembunyikan status hubungan bersama jejaka yang dikenali sebagai Ubaidullah terbongkar.
Peristiwa tersebut berlaku semasa majlis sambutan Hari Ibu anjuran Raflesia di Hotel Royal pada malam Rabu lalu apabila pengacara mengumumkan pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.
Malah nama Ubaidullah yang tertera dalam lampiran kenyataan media yang diberikan kepada wartawan juga menyebutnya sebagai tunang Ana.
Namun Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, ketika ditemui sebelum acara tersebut berlangsung telah menafikan khabar angin mengenai teka-teki status hubungannya itu.
“Semua gosip yang mengatakan sama ada saya bakal bertunang atau berkahwin pada bulan Mei itu sama sekali tidak benar dan saya tidak tahu bagaimana khabar angin tersebut boleh timbul.
"Memang baru-baru ini keluarga dia ada datang berjumpa dengan keluarga saya tetapi itu hanya merisik dan tidaklah sampai bertunang.
“Cuma saya tak nafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada… Kita hanya merancang tetapi tuhan yang tentukan… Kalau ditentukan tuhan jodoh saya bersama dia, saya akan beritahu kepada semua pihak,” katanya sebelum pengumuman dibuat oleh pengacara tersebut.
Kejadian itu telah menjawab segala tanda tanya mengenai hubungannya dengan pemuda itu walaupun sebelum ini beberapa gambar percutian mereka ke Thailand telah tersebar dan menjadi topik hangat. Malah pada ketika itu Ana juga mendakwa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.
Ana Dahlia sebelum ini pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011 bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan dan disahkan bercerai pada November 2012.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.