Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?

Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?

Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Pelakon Emma Maembong mengakui terkejut apabila bekas syarikat pihak pengurusannya iaitu Wire Fame Entertainment (WFE) mahu menyaman dirinya atas dakwaan dia telah melanggar kontrak.

"Ya, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment (WFE) yang bakal menyaman saya. Seriously…saya sangat terkejut,” demikian jawapan pelakon Emma Maembong apabila ditanya mengenai tindakan saman yang bakal dikenakan terhadap dirinya WFE sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Di dalam laporan akhbar itu ada menyebut Emma Maembong bakal disaman syarikat pengurusannya kerana didakwa telah melanggar kontrak apabila menerima tawaran berlakon telefilem "Bintang Hati" tanpa pengetahuan WFE.

Mengulas tentang kenyataan tersebut, kekasih kepada Zizan Razak ini memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa WFE mengenakan tindakan tersebut kepadanya.

“Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu tentang kontrak saya tamat pada Mac 2014. Tetapi memandangkan kontrak saya sebagai duta untuk beberapa jenama masih berbaki tiga bulan, mereka kata saya masih di bawah pengurusan WFE.

“Selepas itu mereka cadangkan saya untuk uruskan sendiri kerjaya lakonan saya, sementara urusan sebagai duta produk mereka yang uruskan sehingga kontrak saya dengan produk-produk tersebut tamat.

“Perbincangan tersebut dibuat secara lisan (mulut ke mulut ) sahaja. Sebab itulah apabila pihak produksi telefon dan tawar saya berlakon, saya buat keputusan sendiri dan menjalani penggambaran sepanjang Mei ini.

“Saya ada bertanya kepada pihak produksi dari mana dapat nombor saya, mereka kata pengurusan saya yang bagi...So, maknanya memang mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya kan?

“Kenapa pula sekarang cerita jadi lain? Tiba-tiba dakwa saya langgar kontrak?,” jelasnya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Per'l, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Kata Emma Maembong, dia terkilan dengan tindakan WFE menghantar notis beberapa minggu lalu dan memaklumkan kontraknya telah ditamatkan.

“Saya kurang jelas dengan notis tersebut. Saya bercadang mahu berjumpa pihak pengurusan dan bertanya pada mereka apa sebenarnya salah saya, tetapi masih belum berkesempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu Emma turut mengakui tidak bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman daripada WFE kerana tiada apa yang perlu dilawankan.

Emma juga berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik sebelum melangkah keluar dari syarikat yang telah berjasa menaikkan nama dan popularitinya.

“Saya sayang WFE sebab kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya, cuma pelik mengapa sekarang cerita jadi lain. Silap saya juga kerana selepas ‘perbicangan mulut ke mulut’ tempoh hari, saya tak minta black and white.

“Saya percayakan mereka kerana dulu kata susah senang bersama, we’re sisters. Di Instagram pula siap hashtag #matisamasama kononnya…Sekarang? Hashtag dah bertukar #foreveralone,” bidas Emma sinis.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers