Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik

Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik

Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik



KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Biarpun kini tidak lagi diburu kisah sensasi seperti suatu ketika dulu, Lydiawati terus mewarnai dunia seni dan masih aktif berlakon filem mahupun drama. Namun begitu, menurut laporan portal hiburan Mstar Online hari ini, Lydiawati sudah dua bulan dia tidak berlakon selepas serangan penyakit saraf dan reumatik.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48 baru-baru ini telah diberitakan mendapat rawatan di Hospital Ampang Puteri dan telah ditahan di wad beberapa hari.

Sepatutnya dia perlu menjalani beberapa rawatan lain namun selepas melihat bil berjumlah RM5,000 sepanjang tiga hari di hospital swasta itu, dia memutuskan untuk keluar wad pada Isnin lalu kerana merasakan tidak mampu menjelaskan bayaran rawatan yang lebih tinggi.

Beritahu Lydiawati dia berkemungkinan besar akan menyambung rawatan penyakitnya itu di hospital kerajaan agar tidak dibebani dengan masalah pembayaran.

“Sebelum masuk ke Ampang Puteri, saya ada juga meminta bantuan wang daripada beberapa rakan artis, takut duit tak cukup.

“Tetapi melihatkan bil yang harganya tidak munasabah, lebih baik saya membuat rawatan di hospital kerajaan sahaja. Lagi pun di sana juga mempunyai doktor pakar yang bagus-bagus,” ujarnya yang kini disahkan mempunyai masalah saraf.

Segalanya bermula awal tahun ini mendapati dirinya mengalami rasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

“Ia bermula pada awal Januari lalu apabila tangan dan kaki kiri saya rasa berbisa. Risaulah jugak, takut ada masalah jantung.

“Tetapi doktor cakap saya okey. Sehinggalah pada 23 Mei lalu, saya terus ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas rasa sakit makin teruk dan doktor mengesahkan saya ada penyakit saraf,” cerita aktres tersebut mengenai masalah kesihatan yang dialaminya kini.

Sementara itu, dia turut bersyukur apabila ramai peminat serta rakan artis memberikan sokongan moral selain ubat-ubatan tradisional kepadanya.

Kata Lydiawati, dia akan cuba menggunakan beberapa ubat tersebut dalam tempoh masa tiga minggu sebelum menyambung rawatan di hospital kerajaan.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, dia akan berehat daripada lakonan sementara waktu namun akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers