Penyanyi Indonesia, Opick Mampu Sara 24 Orang Anak?

Penyanyi Indonesia, Opick Mampu Sara 24 Orang Anak?

Penyanyi Indonesia, Opick Mampu Sara 24 Orang Anak?


KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Penyanyi Indoneisa, Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus akui dia mempunyai 24 orang anak dan mampu menjaganya di rumah dengan bantuan pengasuh yang lain.

Kesemua anak itu, dijaga dengan baik dan ditatang bagai minyak yang penuh bersama didikan agama yang sempurna serta kasih sayang yang seimbang.

“Iya, saya memang mempunyai 24 orang anak, tapi bukan semua anak kandung saya, hanya 4 orang sahaja anak darah daging saya, selebihnya adalah anak angkat,” katanya kepada Murai di Majlis Pelancaran Album Ke 10 yang berjudul Sahabat Sejati di Curve Mutiara Damansara.

Menurutnya, anak-anak angkat itu terdiri daripada anak-anak fakir miskin dan yatim piatu, lalu dibesarkan di rumahnya iaitu Baitul Umah di Jakarta Timur.

Isterinya Dian Rusita Ningrum turut membantu Opick dalam menguruskan anak-anaknya itu supaya pandai bersolat, mengaji Al-Quran serta ilmu agama yang lain.

“Ada di kalangan mereka sudah menghafaz Al-Quran sehingga 17 Juzuk, dan saya amat berbangga dengan pencapaian mereka, Insya Allah mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah,” katanya dengan nada yang tenang.

Dalam pada itu, dia juga dalam rangka kerja mempromosikan album terbarunya yang mengandungi 10 buah lagu yang mengambil masa 8 bulan untuk dihasilkan.

Antara lagu-lagu yang bakal popular Maha Pemurah, Tuhan Beri Kami Cinta, Sentuh Aku dan Kembalilah.

“Istimewa album kali ini, saya berduet dengan anak perempuan saya yang sulung, Ghaniya DSalma Firdaus menyanyikan lagu Sahabat Sejati yang liriknya di tulis oleh dirinya sendiri.

Opick juga tidak akan menghalang puterinya berusia 11 tahun itu untuk terus menyanyi dan akan menyokong serta membantunya menghasilkan lagu yang berunsur ketuhanan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers