Nora Danish: Nedim Terkilan Dengan Isu Pegang Tangan

Nora Danish: Nedim Terkilan Dengan Isu Pegang Tangan

Nora Danish: Nedim Terkilan Dengan Isu Pegang Tangan


Eh kenapa mahu libatkan Nedim Nazri pula dalam hal ini? Oo, sekadar bertanya perasaan sang kekasih hati. Heh. Ini kenyataan pertama dari Nora Danish semenjak isu Diana Danielle cemburu dengan gambar berpegangan tangan dengan suaminya dimuat naik ke Instagram

Bercakap kepada portal GUA semalam, Nora Danish berkata yang selepas ini beliau akan terus berhati hati lebih lebih lagi jika kerja beliau melibatkan suami orang.

“Sudah tentu Nora akan lebih berhati-hati. Apa yang telah berlaku adalah pengajaran buat semua orang termasuk juga diri Nora sendiri. Bagi pihak Nora, selepas ini Nora akan lebih berhati-hati dari sudut ketika menjalani sesi fotografi dengan mana-mana pelakon lelaki”

“Jika suami orang, Nora akan pastikan MIG keluarkan borang yang mempunyai syarat atau apa-apa yang perlu ditandatangani supaya semuanya aman dan tiada masalah berlaku”

“Nora tak mahu mengeluarkan sebarang komen sebab Nora takut apa yang Nora komen akan bercanggah dengan banyak perkara. Ia juga akan membuat benda menjadi lagi teruk, jadi lebih baik Nora tak komen apa-apa mengenai isu ini,“ ujar Nora Danish.

Ditanya tentang kekasihnya Nedim Nazri, Nora Danish turut menambah yang jejaka itu terkejut & terkilan dengan apa yang berlaku namun mereka berdua ambil sebagai dugaan yang positif.

“Tidak dinafikan Nedim rasa terkejut, terkilan dengan isu yang timbul, tetapi kami ambilnya secara positif dan anggap ia sebagai satu cabaran serta dugaan. Bayangkan, sebelum ini apabila tak beritahu saya ada teman lelaki, orang akan kaitkan saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini. Tapi bila dah beritahu pun, orang masih tetap mengaitkan saya,“ ujarnya.

iskandarX: Terkejut pulak dah budak nie.. isk isk isk

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers