Kes Dera Isteri, Awie Disiasat Polis!

Kes Dera Isteri, Awie Disiasat Polis!

Kes Dera Isteri, Awie Disiasat Polis!


Sumber oleh Kosmo!

KL, 30 JUN 2014: Pihak Polis mengesahkan penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isteri sendiri, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.

“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin, dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau.

Semalam, Awie mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

Awie yang ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, dia masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers