Azwan Ali Tak Kesah Dikatakan Buat Majlis Iftar Untuk Menunjuk-nunjuk
KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Pengacara sensasi Azwan Ali akui tidak akan mengambil peduli jika ada pihak atau individu berpendapat majlis berbuka puasanya, Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminan Seremban yang akan diadakan pada 5 Julai ini hanya untuk menunjuk-nunjuk.
“Sebelum buat majlis ini lagi saya sudah fikirkan apa yang orang akan katakan. Namun mengenali Azwan Ali, semua itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya dan apa yang boleh saya biarkan sahaja apa yang mereka akan katakan.
“Mungkin juga mereka yang mengata saya itu tidak percaya bagaimana saya yang boleh mengadakan majlis sebesar ini dengan hanya menjual nama Azwan Ali sahaja.
“Bukan mudah untuk menjayakan majlis ini, tapi saya harap ianya akan berlangsung dengan sempurna dan jayanya,” katanya kepada murai.com.my
Majlis iftar yang bakal dihadiri oleh 50 orang artis tanah air itu akan diadakan di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam.
Antara 50 orang artis itu adalah Fizz Fairuz, Almy Nadia, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Yusof Haslam, Zara Zya, Tasha Shila, Tomok, Rebecca Nur Al – Islam, Ifa Raziah, Umir Aida, Syanie dan ramai lagi.
Selain restoran N’Dah Mahligai, majlis tersebut turut mendapat tajaan lain seperti daripada syarikat pengeluar Kurma dan Air Zam Zam iaitu Awali, produk rempah, Hawani Spice dan banyak lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.