Diana Danielle Mengelak Bila Disoal Isu Cemburukan Nora Danish
KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Meskipun aktres Diana Danielle yang pada awalnya menyatakan luahan hatinya dalam Instagram apabila mencemburui foto suaminya, Farid Kamil dipegang oleh pelakon, Nora Danish, namun kini nampaknya pelakon berdarah kacukan itu sendiri mula mengelakan diri dari mengulas mengenai isu tersebut.
Diana Danielle yang ditemui media dalam sebuah majlis memperkenalkannya sebagai Duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, memberi reaksi kurang senang daripada riak wajahnya apabila ditanya oleh sekumpulan wartawan mengenai kontroversi tersebut.
Meskipun diajukan dengan lepas satu-satu pertanyaan, Diana hanya sekadar memberikan jawapan yang sama iaitu tidak mahu memberikan komen.
“No Comment. Soalan itu saya tak mahu jawab. Terima kasih,” jawabnya sambil tersenyum kelat.
Sejurus itu pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari terus memberi isyarat agar dia bangun dan segera beredar dari situ.
“Baiklah, masa lima minit sudah tamat", kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.
Minggu lalu, menerusi laman sosial Instagram miliknya, Diana mempersoalkan kenapa dalam kepelbagaian gambar yang ada untuk promosi filem Pengantin Malam, gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial untuk tujuan promosi.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana di dalam Instagramnya.
Pun begitu, nota tersebut telah dibuang oleh Diana Danielle dari akaunnya setelah mendapat respon negatif dariapda peminat yang berpendapat sikapnya itu tidak profesional dan kebudak-budakkan.
iskandarX: Ala biarkan lah kat dia, hak dia untuk cemburu kepada suaminya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.