Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish
“No comment. Soalan itu saya tidak mahu jawab. Terima kasih,” itu ulasan ringkas Diana Danielle ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, petang tadi. Sambil memberikan reaksi senyum kelat.
Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sekeping gambar Nora Danish bersama suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu di laman Instagramnya, sekitar minggu lalu.
Meskipun diaju satu persatu pertanyaan, Diana tetap memberikan jawapan yang sama iaitu tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu cemburu tersebut.
Dan serta merta juga Diana diberi isyarat oleh pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari agar dia bangun dan segera beredar dari media.
“Okay, masa lima minit dah tamat,” kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.
Sementara itu pada Rabu lalu,Farid Kamil yang ditemui pada satu majlis ada membuat kenyataan meminta mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan Diana itu memohon agar pihak berkenaan memaafkan isterinya itu.
Jelas Farid, dia tidak menafikan kemungkinan tindakan isterinya itu atas dasar cemburu. Namun meminta masyarakat memahami situasi mereka sebagai pasangan yang boleh dikatakan masih lagi baru memasuki alam perkahwinan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.