Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4

Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4

Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Konsert Kilauan Emas 4 peringkat separuh akhir yang berlangsung malam tadi menyaksikan tiga peserta iaitu Silva, Aziana dan Raida tersingkir setelah menerima undian terendah, sekali gus meranapkan impian mereka untuk beraksi di peringkat akhir.

Ini bermakna baki lima peserta yang tinggal iaitu Nordin, Ben, Nas, Zain dan Arip bakal berentap di peringkat akhir minggu hadapan untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas 4.

Konsert yang bertemakan kisah dan lagu ini menyaksikan Silva menyampaikan lagu ‘Trilogi Cinta’ Aziana dengan lagu ‘Antara Cinta dan Kasih’ manakala Raida pula menyanyikan lagu ‘Bisikan Hati’.

Selain itu penonton juga disajikan dengan persembahan istimewa artis jemputan seperti Nubhan, Nana, Hafiz, Adira, Uji Rashid, Hail Amir dan juga bintang-bintang Ceria Popstar 2.

Konsert minggu kelima ini juga turut menampilkan persembahan hebat gabungan tiga otai rock Malaysia iaitu Mus May, Yantzen dan Oney.

Nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui sistem pesanan ringkas (SMS).

Seperti biasa, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Jadi, tunggu apa lagi ikuti cara undian seperti di bawah:

Anda hanya perlu taip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.

Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap malam Rabu.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.

Penonton di rumah pula, jangan lupa temujanji anda bersama KE 4 pada malam ini dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 9.30 malam dan boleh ditonton di kaca televisyen di saluran Astro Prima (105).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers