Hisyam Hamid Terkilan Tak Kejutkan Atuk Sebelum Dia `Pergi`
KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Rasa terkilan yang amat tidak terperi buat Hisyam Hamid apabila dia tidak berpeluang mengejutkan datuknya yang sedang tidur awal pada pagi Selasa lalu yang akhirnya meninggalkan dia sekeluarga buat selama-lamanya.
Perasaan itu dikongsi isteri kepada pelakon kelahiran Singapura itu kepada portal murai.com.my sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Katanya, datuk kesayangan pelakon berkenaan iaitu Hj Jaafar Bin Hj Omar,92, telahpun meninggal dunia pada Selasa lalu iaitu sekitar jam 2 petang akibat penyakit kanser ginjal yang dihidapinya sekian lama ini.
“Saya dan Hisyam telah diminta ibunya untuk pulang ke rumah untuk melihat datuknya sebelum kami terbang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya.
“Tapi sayangnya bila kami sampai ke rumah datuk Hisyam sudahpun tidur kerana ketika kami sampai ke sana sudah tengah malam.
“Esoknya ketika kami berada di Malaysia dan sedang sibuk memenuhi temu janji, ibu Hisyam menghubungi kami dan memberitahu yang datuknya sudah tiada lagi.
“Hisyam terasa agak terkilan. Katanya jika dia tahu datuknya akan meninggalkannya, pasti dia akan mengejutkan datuknya yang sedang lena tidur itu atau menunggu sehingga orang tua tersebut terjaga untuk bertanya khabar,” kata isterinya itu saat berkongsi detik sedih antara Hisyam Hamid dan datuknya.
Hisyam Hamid telah dijaga oleh Allahyarham datuknya sejak dia berusia lima tahun bersama-sama ibu dan nenek kesayangannya di Singapura.
Tambah isteri Hisyam Hamid lagi, suaminya itu merupakan cucu kesayangan Allahyarham dan akan sering bertanyakan khabar atau keadaan pelakon berkenaan dalam apa juga situasi sekalipun.
Hero drama Ariana Rose itu telah pulang ke Singapura sejak Selasa lalu, sebaik sahaja diberitahu mengenai berita sedih berkenaan dan atas sebab itu, dia tidak dapat hadirkan diri di sidang media bersama Lord’s Tailor semalam dan sesi fotografi dengan majalah Hi! yang bakal berlangsung hari ini.
Hisyam Hamid dan isteri yang merangkap sebagai pengurus peribadinya dijangka akan pulang ke ibu negara pada Jumaat ini bagi menghadiri sesi raptai untuk Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, di mana dia bertindak sebagai penyampai anugerah.
Mereka akan pulang semula ke kota Singa minggu hadapan bagi menghadiri majlis tahlil selama tujuh hari.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.