Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda

Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda

Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Suami kepada aktres Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin nafi yang dia telah melafazkan cerai terhadap isterinya di lokasi penggambaran seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sebaliknya, Riza, 31, berkata mereka baru sahaja memfailkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh perbicaraan.

"Berita itu sangat teruk sehingga ada yang melabel saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.

“Saya masih belum melafazkan talak kepada dia (Izreen) dan kami baru memfailkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh perbicaraan.

"Namun, saya mengaku rumah tangga kami bermasalah dan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung,” kata Riza seperti yang dipetik dari mStar Online.

Riza yang juga jurukamera bebas berkata dia terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.

Menurut Riza, dia bertemu Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang dengan tujuan untuk menghantar anak mereka bagi melepaskan rindu disamping mengambil kesempatan itu untuk berbincang tentang perceraian dan hak penjagaan anak mereka selepas bercerai nanti.

"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar," katanya.

Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.

Laporan yang memetik kenyataan daripada sumber itu menyebut, perceraian berkenaan berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran ketika terjadinya pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam bergelar isteri kepada Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 10 bulan.

iskandarX: Pulak dah tak lafaz kat lokasi, hmmm.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers