Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!

Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!

Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Umum sudah pun mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin di antara aktor Wan Raja dengan aktres Yaya Maembong yang juga kakak kepada Emma serta Chacha Maembong.

Malah, Yaya Maembong yang juga seorang pelukis sudah pun memaklumkan kepada pihak media bahawa dia dengan Wan Raja yang merupakan teraju utama dalam filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman bakal mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan yang sah pada penghujung tahun ini.

Namun, sewaktu diwawancara Wan Raja, aktor ini mengakui bahawa perancangan untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun masih lagi belum dapat diputuskan lagi.

"Ini kerana baik saya dengan Yaya Maembong, kami masing-masing tengah sibuk dengan shooting. Nak bincang pasal kahwin dengan secara lebih lanjut pun, masih tak sempat.

"Usahkan berbincang sesama kami, perbincangan sesama keluarga pun, masih belum dapat dilakukan lagi. Yelah, nak buat macam mana, bila saya free, dia sibuk shooting, bila dia pulak free, saya pulak sibuk di lokasi.

"Masa kami memang sangat tak menentu dan kami masih belum dapat cari waktu yang sesuai lagi untuk berbincang sesama kami mahupun melakukan perbincangan di antara keluarga saya dengan keluarga dia," katanya kepada murai.com.my.

Disebabkan sering tertangguh, Wan Raja berkata, dia sudah ambil keputusan untuk membawa keluarganya menziarahi keluarga Yaya Maembong pad Syawal nanti.

"Selain menziarahi, kesempatan yang ada itu juga akan diambil untuk melakukan perbincangan bersama keluarga Yaya Maembong.

"Dari situ, kita akan melihat segala kemungkinan sama ada perkahwinan mampu dilakukan pada akhir tahun atau tidak. Lagipun nak kahwin sekarang ini bukannya senang. Macam-macam perlu dilakukan bermula daripada proses melibatkan borang sehinggalah kepada persiapan yang akhir.

"Apa-apa, yang itu kena diutamakan dulu kerana restu kedua-dua ibu bapa di belah kedua-dua pihak memang amat perlu," kata anak kelahiran Pulau Pinang yang berusia 36 tahun itu lagi.

Wan Raja berkata lagi, biarpun Yaya Maembong lebih berusia daripadanya dan lebih tua daripadanya sebanyak 2 tahun, namun dia langsung tidak berasa apa-apa perbezaan tatkala keluar bersama dengan wanita itu.

"Saya selalu rasa usia kami sebaya. Mungkin sebab dia ni jenis happy go lucky. Dan, secara kebetulan kami berkongsi banyak citarasa yang sama.

"Lukisan sememangnya menyatukan kami kerana saya sendiri pun seorang pelukis seperti dia. Namun, selain itu, kami berkongsi muzik yang sama, pengetahuan yang sama serta pemikiran yang sama.

"Kalau nyanyi lagu karaoke pun, lagu-lagu yang dinyanyikan itu adalah dari kalangan era yang saya tahu. Sebab usia kami tak jauh beza.

"Satu lagi yang perkara yang cukup menyenangkan saya tentang Yaya adalah kerana sikapnya yang cukup tenang serta memahami serta boleh diajak berbincang.

"Ada masa kita kongsi sesuatu perkara seperti kawan-kawan dan ada masa kita kongsi sesuatu perkara lebih daripada seorang kawan. Dan, memang itulah yang sering saya cari pada wanita yang bakal saya kahwini," katanya lagi.

Jelas Wan Raja lagi, dia mengenali Yaya Maembong pada awal tahun lalu hanya sebagai kawan tetapi lama-kelamaan keserasian yang ada pada mereka telah mendekatkan lagi hubungan mereka.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers