Akur Nurliyana Enggan Mohon Maaf, Hanez Minta Henti Diaibkan
Hanez Suraya akur dengan keputusan isteri kepada kekasihnya, Nurliyana Abd Manan yang enggan menuruti permintaanya supaya membuat permohonan maaf atas dakwaan memfitnah dan memalukannya.
Malah, Hanez berkata dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita itu.
"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya.
"Selepas ini pun, saya akan berdiam diri dan tidak akan mengulas apa-apa mengenai isu ini kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak," katanya kepada Murai.
Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam, petang semalam.
Pelakon drama Autumn Di Hatiku itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.
Sidang media yang turut dihadiri oleh kekasihnya, Romie Razin Adilha turut mendakwa tuduhan Hanez merampas suaminya itu adalah fitnah semata-mata.
Selain itu, Hanez turut berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.
"Saya rasa selepas ini dia tidak perlu lagi menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup antara saya dan dia sahaja.
"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," nyatanya.
Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.
sesiapa pun tak patut aibkan sesiapa...
ReplyDelete