Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini

Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini

Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini


Program Fear Factor Malaysia 2 untuk minggu keempat telah menyaksikan kejutan apabila dua penyingkiran berlaku sekali gus.

Penyingkiran tanpa ‘belas kasihan’ ini menyaksikan pelakon Yana Samsudin dan Janice disingkirkan dalam cabaran kedua iaitu ‘Tunggang Terbalik’ selepas gagal menyempunakan cabaran itu. Satu lagi pasangan menerima nasib yang sama adalah Shah Iskandar dan Kartini.

Nasib tidak menyebelahi Yana Samsudin dan Janice apabila mereka gagal mencatat mangsa terpantas dalam misi 'Tunggang Terbalik' dan masa yang dicatat mereka hanyalah satu saat kurang daripada pasangan Thanuja dan Joy.

Bagaimanapun Yana tidak menyalahkan Janice sebaliknya berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini.

“Saya bangga dengan Janice sebab dia mahu juga cuba lakukan cabaran tersebut dan dia tidak putus asa. Saya dah berjaya jadikan dia seorang yang lasak,” katanya

Sementara itu, Shah Iskandar dan Kartini terus bernasib malang apabila gagal memanfaatkan peluang yang diberi di mana mereka sepatutnya tersingkir di episod kedua yang lalu.

Dalam cabaran ketiga ‘Tanam Hidup-Hidup’, mereka perlu masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi lipas dan tangan mereka digari.

Untuk memenangi cabaran tersebut, mereka perlu membuka gari menggunakan kunci yang betul dengan masa terpantas.

Perkara yang mengejutkan berlaku apabila pasangan pilihan iaitu Azura dan Rachel serta Shuib dan Zakaria berada di tangga tercorot pada minggu ini.Namun tuah masih menyebelahi mereka apabila nama Shah Iskandar dan Kartini diumumkan sebagai peserta tersingkir oleh hos FFM 2, Aaron Aziz.

Minggu keempat ini telah menyaksikan pasukan Bambang dan Faisal sekali lagi berjaya merampas RM10,000 dalam cabaran ‘Selirat Bisa’.

Bagaimana pula dengan minggu akan datang? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?

Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers