Otai masih diterima

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Otai, Masih, Diterima, Bloodshed, Satira, Chapters, dan, Jump-p
Mini Konsert Rock terima sambutan hangat


NOR RAIDAH AWANG
FOTO: SMY EVENT & PROMO
4 Julai 2013

LAMBAKAN pendatang-pendatang baru, tidak kira dari program realiti mahupun artis rakaman nampaknya masih belum menenggelamkan artis-artis otai sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Buktinya, Mini Konsert Rock yang diadakan pada Sabtu minggu lalu di Laman Santai Istana Budaya berjaya menarik perhatian lebih 200 peminat kumpulan Bloodshed, Satira, Chapters dan Jump-p, yang ternyata masih berbisa sehingga kini.

Mini konsert yang dianjurkan oleh SMY Event & Promo dengan kerjasama Istana Budaya turut disokong oleh Rock Selamba Fan Club dilihat memberi kehangatan tersendiri semenjak konsert bermula pada jam 9 malam.

Menurut Pengarah Urusan SMY Event, Sazli Hanaffi Mohd Yusuff berkata, siapa sangka kemunculan kumpulan yang terkenal era 80-an dan 90-an dahulu masih menjadi siulan peminat sehingga kini.

"Saya agak terkejut melihat kebanyakan peminat yang datang terdiri daripada golongan muda dan mungkin ada antara mereka masih belum dilahirkan atau masih kecil ketika kumpulan ini popular.

"Tetapi mereka mampu menyanyi dan mengingati lagu-lagu yang dinyanyikan dan ia sekali gus dapat mengimbau kembali lagu-lagu lama.

"Malah artis-artis otai yang terlibat juga memberikan persembahan yang cukup bertenaga," katanya.

Pada malam konsert itu juga, ia turut dipanaskan lagi dengan penampilan Yassin Senario dan dua kumpulan baru iaitu Heza dan X-Rock.

Dalam pada itu, Sazli berkata, pihaknya akan mengadakan konsert kedua, Break The Wall yang akan bertemu dengan peminat pada hari Ahad, 7 Julai, 9.00 malam ini.

"Pada konsert seterusnya kami akan bekerjasama dengan The Ship Bukit Bintang, di mana kami akan mempromosikan album Jum-p serta kumpulan Anthem dan diserikan dengan penampilan khas Chapters," katanya.

iskandarX: Yeeeahhh Otai sememnagnya power dan berbisa, tapi kalau boleh sampaikanlah lagu yang bermesej sikit, macam Kumpulan Amuk buat, lagu bermesej tak sedap didengar tapi bila di gubah jadi rockers memang best. Negara lain boleh buat lagu Patrioritik jadi lagu rock takkan kita tak boleh kan? Bukan nak menghina tapi nak menarik perhatian dan semanggat rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang kini hanyut dengan lagu2 dari negara lain.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers