Abu Bakar Omar |
Oleh KEMALIA OTHMAN
KUALA LUMPUR: Lima orang artis veteran berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan anggota ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.
Wakilnya, Abu Bakar Omar, 64, berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada Ahad ini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini bagi membincangkan masalah yang berlaku dalam persatuan itu sehingga mesyuarat agung tahunannya tidak boleh diadakan atas perintah mahkamah.
"Kami akan ada pertemuan beramai-ramai bersama semua ahli Seniman dan berharap Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi akan hadir.
"Kami mahu menjelaskan kepada ahli-ahli Seniman tentang permasalahan yang timbul dalam persatuan ini serta perkara-perkara berbangkit yang lain," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan sang ihsan artis veteran di Restoran Warisan Pak Engku, Dataran Merdeka di sini, Rabu.
Pada 13 Mei lalu, lima artis veteran yang terdiri daripada Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-15 diadakan.
Pada 22 Februari lepas, kesemua artis veteran itu memfailkan saman terhadap Seniman berhubung mesyuarat agung persatuan yang diadakan sebelum ini didakwa tidak sah.
Tambah Abu Bakar, kemelut dalam Seniman sudah lama berlaku sehingga menyebabkan ahlinya berpuak-puak.
"Dalam perjumpaan itu juga kami akan menyuarakan rasa yang terpendam dan tidak puas hati terhadap persatuan.
"Kami juga ingin menjelaskan mengapa perintah mahkamah itu dibuat pada Mei lalu," katanya.
Abu Bakar turut menzahirkan rasa kesal apabila tindakan mereka mendapatkan perintah mahkamah itu didakwa menyekat aktiviti persatuan itu.
"Saya terkilan dan kesal apabila ada artis yang juga ahli Seniman mendakwa tindakan itu menghalang aktiviti Seniman dalam memberi bantuan kepada artis-artis yang memerlukan.
"Ramai yang melihat segelintir kami ini sebagai kambing hitam dan dalang dalam persatuan," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.