Amir Jahari |
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
PETALING JAYA: Penyanyi Amir Jahari telah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya selepas memilih bulan Oktober depan untuk berumah tangga dengan wanita yang enam tahun tua daripadanya.
Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 21, berkata, dia telah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang mahu dikenali sebagai Cik Amni, 27, pada Januari lalu dan kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami walaupun usianya masih lagi muda.
"Sebenarnya kami sudah lima tahun bercinta dan mungkin sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga.
"Walaupun usia saya muda, tetapi saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain berasa cukup matang untuk menempuh ke fasa baru ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah Amir, dia yakin statusnya sebagai suami orang juga tidak akan mengganggu karier nyanyiannya malah akan lebih bersemangat untuk bekerja apabila mempunyai bakal isteri yang sentiasa memberi dorongan.
Sementara itu, beritahu Amir, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Ohsem Music Group (OMG) yang diterbitkan sempena bulan Ramadan. Ia merupakan kali pertama dia menyertai bidang lakonan.
"Saya melakonkan watak sebagai konduktor bas yang mempunyai sebuah kumpulan muzik.
"Seronok juga berlakon. Walaupun saya tidak mahu menyertai bidang ini, tetapi kerana ia merupakan drama muzikal, saya menerimanya. Apatah lagi teman-teman artis seperti Black dan Anas Redzuan turut membintangi OMG," ujarnya.
OMG mengisahkan tentang empat anak muda, Teng (vokalis), Bo (gitaris) Kem (bes) dan Bai (dram) yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Kumpulan itu dinamakan OMG.
Drama tersebut akan disiarkan bermula 13 Julai ini, setiap Sabtu (pukul 9 malam), di TV3.
Dalam perkembangan lain, Amir kini sedang mempromosikan lagu terbarunya berjudul Gelisah.
Selain itu, Amir juga sedang mencuba nasib menyertai salah sebuah syarikat rakaman di London, United Kingdom memandangkan muzik yang dibawakan Amir menjadi kegemaran masyarakat di negara itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.