Faizal Ismail seronok berlakon

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Faizal Ismail, seronok, berlakon
Faizal Ismail Faizal F.B.I


NOR ATIEYAH YUSOFF

SETELAH muncul dengan filem pertama lakonannya, Mamat Cupcake, Faizal Ismail atau lebih dikenali FBI meluahkan rasa teruja apabila membawa watak antagonis di samping Shaheizy Sam dan Siti Saleha.

Sering tampil dengan imej botak, Faizal berkata, dia agak selesa menjadi watak jahat kerana ia dapat mencabar dirinya sendiri.

Pun begitu, dia mengakui bahawa masalah yang sering dihadapinya ketika berlakon adalah menghafal skrip dengan baik.

"Saya sering terlupa skrip lakonan kerana perlu membaca dengan sepintas lalu.

"Ketika berlakon, kita tidak boleh begitu dan ia perlukan penghayatan sepenuhnya," kata Faizal.

Apatah lagi, jadual sehariannya sangat padat dengan kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara.

"Sebenarnya saya sudah gian berlakon, tetapi terpaksa memilih tawaran agar sesuai dengan jadual kerja.

"Kekangan masa menyebabkan saya sukar untuk memenuhi komitmen sebagai pelakon," ujarnya.

Walaupun begitu, Faizal terpaksa mencuri masa untuk menjalani penggambaran bagi drama raya, Gangster Kampung Pisang.

Bina empayar sendiri

Dalam diam, Faizal mengambil selangkah ke hadapan untuk membina empayar perniagaannya sendiri.

Katanya, ia sebagai jaminan untuk masa depan dia dan keluarga apabila bersara nanti.

"Saya kini sedang mengusahakan event management sendiri walau sibuk dengan tugas lain.

"Lagipun kita bukannya sentiasa berada di hadapan skrin selama-lamanya. Cuba perkara baru agar apa yang kita dapat sekarang, kita juga harus memberi," katanya.

Dalam masa yang sama, Faizal juga mahu anak didiknya dalam program realiti Bintang Mencari Bintang bekerja dengannya nanti.

"Saya mahu Ajo dan Tapaw turut serta supaya dapat mempelajari selok belok dunia seni.

"Kalau ada tawaran berlakon atau menyanyi, bolehlah saya selitkan sekali dengan mereka," katanya sambil ketawa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers