Bukan sebab bisnes tak laku!

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon,  Pelawak, Penyanyi, Bukan, Sebab, Bisnes, Tak, Laku, Datuk AC Mizal,


AKMALIAH RAZAK 
14 Jun 2013

HAMPIR 20 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan dan nyanyian, Datuk AC Mizal bakal muncul dengan filem terbitan dan arahannya sendiri.

“Kali terakhir saya membintangi filem My Spy arahan Afdlin Shauki. Itu pun tiga tahun lalu. Kini tiba masanya saya muncul semula dengan filem sendiri," kata AC yang memiliki dua syarikat produksi iaitu Syarikat DNF Pictures Sdn Bhd (drama) dan MBI Movie (filem).

Masih merahsiakan judul filem tersebut, kata AC, dia memilih untuk menghasilkan filem seram komedi yang kini dilihat semakin mendapat sambutan baik di kalangan penonton.  

"Filem ini akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini dan saya turut menggunakan khidmat pengarah tempatan untuk membantu tugas saya.

"Memandangkan saya turut membintangi watak utama dalam filem ini, maka khidmat seorang lagi pengarah sangat diperlukan," ujar AC yang teruja menantikan hasil pertama filem terbitannya sendiri.

Sekembalinya dalam dunia seni, tidak bererti bekas kumpulan 4U2C ini sudah melupakan bidang perniagaan. Menurut AC, dia masih meneruskan minatnya dalam bidang itu dan akan tetap bekerja keras untuk terus bergelar ahli perniagaan yang berjaya.

"Perniagaan saya semakin berkembang kerana itulah saya kembali fokus pada karier seni.

"Namun buat masa ini, saya kerap ke luar negara untuk menguruskan perniagaan dan saya harus membahagikan masa dengan baik antara dua bidang yang sangat saya minati ini,” katanya yang baru-baru ini ke Korea bagi menguruskan kerjasama dengan negara tersebut.

Dalam pada itu, AC bakal menjayakan Anugerah Blockbuster yang akan diadakan 14 hingga 15 Jun ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers