Edisi pertama Telecine temui penonton

Malaysia, Hiburan, BERNAMA TV, Edisi, Pertama, Telecine, Temui, Peminat


BERNAMA TV, saluran berita 24 jam pertama di negara ini melebarkan sayap penyiarannya dengan menerbitkan program hiburan santai 'Telecine' dengan slogan 'Bukan Sekadar Hiburan'.

Program baru itu akan bersiaran mulai Sabtu ini pada 12.30 tengah hari di saluran 502 Astro dan Hypp TV di saluran 410.

Berbeza dengan program hiburan tempatan, Telecine menampilkan tiga segmen iaitu 'Isu Semasa' yang akan mengetengahkan isu-isu yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, segmen 'libur niaga' yang menampilkan artis dan aktiviti mereka dalam dunia perniagaan serta segmen 'ceritanya' yang akan mengikuti aktiviti terkini selebriti tempatan.

Antara yang dimuatkan dalam edisi pertama ialah kupasan isu artis dan politik, perniagaan dalam talian selebriti Malaysia juga liputan sekitar majlis pelancaran video muzik penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza bertajuk 'Galau'.

Tidak ketinggalan laporan khas mengenai pelakon kelahiran Indonesia Joe Taslim yang mencipta nama setelah tampil dalam Filem aksi terkenal 'Fast and Furious 6' di samping nama besar Hollywood. - Bernama

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers