NINA FARZUIN MD SHAROM
14 Jun 2013
NAMA Once Mekel, 43, mula dikenali dengan meluas di Malaysia setelah lagu nyanyiannya berjudul Dealova ciptaan komposer hebat, Opick berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan.
Sejak secara rasmi keluar daripada kumpulan Dewa pada 2011, Once bergerak secara solo dan kini tampil album pertama, Once yang dilancarkan di Indonesia, Oktober tahun lalu.
Album yang mengandungi 10 buah lagu itu turut mempertaruhkan dua single terbarunya iaitu Hilang Naluri dan I Still Love You.
Selain rancak diputarkan menerusi corong radio tempatan, kedua-dua single ini turut berjaya menempatkan diri di beberapa carta lagu popular.
Menurut Once, pembikinan album tersebut memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan memandangkan masanya yang agak padat dengan aktiviti seni lain.
"Dalam album ini terdapat enam lagu ciptaan saya sendiri iaitu Missing You, Satu Dari Sejuta, Hari Ini Juga, Hidup Ini, Mystified, dan Pasti Untukmu.
"Saya bersyukur, walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk disempurnakan, namun sambutan yang saya terima amat berbaloi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Once, di Kafe Hard Rock, Kuala Lumpur.
Bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya, Once memberitahu dia kini sedang sibuk dengan proses pembikinan album keduanya.
"Sama seperti album pertama, saya akan tampilkan 10 lagu baru yang saya jangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini, lima buah lagu telah siap dirakamkan dan saya berharap perancangan ini akan berjalan dengan lancar," katanya.
Lebih selesa solo
Menyentuh mengenai perjalanan karier solonya, Once akui kini dia lebih selesa bergerak sendiri berbanding ketika dia berada dalam sebuah kumpulan muzik.
Menurut Once, selepas menjadi penyanyi solo, dia lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagu yang dekat dengan dirinya.
"Berkarya dalam sebuah kumpulan dan secara solo banyak perbezaannya. Kalau sebelum ini semua keputusan memerlukan persetujuan daripada semua anggota, kini perkara itu sudah tidak perlu lagi.
"Secara jujurnya, saya selesa dan mudah bergerak sendiri kerana tidak terikat dengan mana-mana kumpulan," jelasnya.
Tambah Once, walaupun dirinya sudah tidak terlibat dengan Dewa, namun hubungan mereka masih lagi baik dan tidak menolak untuk saling bekerjasama pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.