Sertai Ujibakat AF 2013 Secara Online


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Program realiti TV popular, Akademi Fantasia telah diumumkan akan kembali menemui penonton selepas setahun tidak bersiaran.

Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, Astro sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Kembalinya AF 2013 akan membawakan pembaharuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Malaysia, af8, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Sertai, Ujibakat, Akademi fantasia, 2013, Secara, online


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online.

PENYERTAAN SECARA ONLINE

• Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari www.akademifantasia.com.my

Cara-cara menghantarkan penyertaan:

1. Pilih mana-mana lagu.
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di youtube sendiri.
4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu.
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2.

• Setiap video penyertaan adalah hak milik MBNS

• Anda juga boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mendapatkan info-info terkini Akademi Fantasia seperti foto-foto ketika ujibakat, sidang media dan acara-acara berkaitan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

1. Facebook: www.facebook.com/AkademiFantasia2013
2. Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia
3. Instagram: www.instagram.com/AkademiFantasia

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers