Masih Frust Bercinta, Aliff Aziz Sibuk Jaga Kambing?


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Semua orang pernah kecewa bercinta. Tapi, ada yang boleh menerima dan ada juga yang tidak. Yang frust menonggeng macam nak rak pun ada jugak. Pendek kata macam-macam caralah jadiknya bila manusia ni kecewa dalam percintaan.

Penyanyi Aliff Aziz pun salah seorang yang tergolong di dalam kategori orang yang pernah kecewa dalam percintaan. Sampaikan, jatuh sakit jadiknya dia bila putus cinta dengan Anne Ngasri.

Ehhh.. Itukan cerita lama. Buat apa nak dikenang-kenang lagi, ye tak? Tapi, satu perkara saja yang Murai Batu musykilkan. Apakah Aliff Aziz masih lagi merasai kekecewaan itu.

Hiburan, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Masih, Frust, Bercinta, Aliff Aziz, Sibuk, jaga, Kambing


Bukan apa, Murai Batu tertanya-tanya pasal perkara bila ada yang khabarkan pada Murai Batu bahawa Aliff Aziz sekarang ini dah mula sibuk jaga kambing... Hai...Takkan sebab frust bercinta kot, si Aliff ni sampai amik keputusan untuk mencurahkan kasih sayangnya pada haiwan atau pun hidupan liar.

Apapun, pasal Aliff Aziz jaga kambing tu, Murai Batu tak propah ya. Kalau korang tak percaya, korang tengok sendirilah drama siri penyiasatan 13 episod, Sepai di TV1, bermula 25 Mei depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam.

Dalam siri drama terbiyan syarikat produksi NS Star yang mengisi slot Widuri ini, Aliff Aziz akan menunjukkan bakatnya menjadi pengembala kambing serta seorang superhero. Haa.. Menarikkan? Kalau nak tahu, hebat tak hebat Aliff Aziz, kenalah tonton siri drama ini nanti.

MURAIBATU: Masih tunggu penjelasan Shah Jaszle....

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers