Pasal Tersingkir Norish Karman Luah Segalanya @MeleTOP?

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Murai Batu rasa semua orang yang mengikuti program Masterchef Selebriti Malaysia 2 telah pun sedia maklum dengan penyingkiran aktres dan penyanyi, Norish Karman (NK) pada episod ke-8.

Murai Batu tak tahulah sama ada korang setuju atau tidak dengan penyingkirannya itu. Tapi, yang Murai Batu tengok kengkawan selebriti ramai yang beria-ia sedih bila NK disingkirkan.

Hai.. Tak sangka pulak Murai Batu yang kengkawan selebriti yang lain sebenarnya sayang dengan NK sebab sebelum ni, apa yang Murai Batu dengar adalah sebaliknya. Boleh jadi, semua tu adalah gosip kot.

Apapun, Murai Batu dengar NK bakal muncul dalam program MeleTOp yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Ria, jam 10 malam.

masterchef selebriti malaysia, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Pasal, Tersingkir, Norish Karman, Luah, Segalanya Meletop


Khabarnya dalam program yang dikendalikan Neelofa dengan Nabil Raja Lawak ini, NK akan mendedahkan segala-galanya tentang penglibatannya dalam gram Masterchef Selebriti Malaysia 2, termasuklah isu penyingkirannya.

Alamak...Suspen pulak Murai Batu mendengar tentang hal ini. Apakah pendedahan yang dibuat oleh NK ini bakal mencetuskan kontroversi? Al-maklumlah, NK sebelum ini pun pernah dilabelkan sebagai artis yang penuh kontroversi.

Jadi, siapa tahukan pendedahannya itu nanti akan memberikan kejutan buat peminat hiburan di Malaysia secara keseluruhannya. Apa pun, kita tunggu dan lihat sajalah program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini.

Khabarnya, Jamal Abdillah, Sasi Teh Don dan Awal Ashaari adalah antara selebriti yang turut diundang sama untuk memeriahkan program ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers