Dua Bulan Berkasih, Fizo Omar Putus Cinta

KL, 23 MEI 2013: Tak silap Murai Batu, bulan Mac lalu Murai Batu ada terbaca yang aktor popular, Fizo Omar tidak lagi single, sebaliknya sudah berteman dengan seorang gadis yang boleh tahan cun. Namun tiba-tiba, terdengar berita yang mereka tidak lagi bersama dan Fizo Omar sendiri telah mengakui yang hubungan mereka telah pun berakhir.

Dalam laporan Harian Metro yang Murai Batu baca hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, mengakui hubungan cintanya dengan pelajar Universiti Lim Kok Wing, Haas Jaafar, 25, telah berakhir secara baik.

Rasanya dua bulan saja kot mereka sempat bermadu kasih. Bersabarlah Fizo, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Menurut Fizo, punca hubungan mereka berakhir adalah disebabkan tiada keserasian bersama dan jika boleh, Fizo tidak mahu bercerita tentang perkara ini lagi.

artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Hiburan, Artis Malaysia, Dua, Bulan, Berkasih, Fizo Omar, Putus, Cinta, Haas Jaafar


Bagaimanapun Fizo berkata dia dan Haas masih berkawan baik, malah hubungan mereka pun berakhir secara baik tanpa ada pergaduhan atau pun campur tangan pihak bertiga.

Bagi Murai Batu, rasanya pasangan Fizo dan Haas ni memang dah sama cantik dan sama pada, namun sayang tiada jodoh nampaknya.

Apa-apapun Murai Batu doakan jodoh yang terbaik buat Fizo, mana tahu jumpa wanita yang lebih sesuai atau pun cinta bertaut kembali ke?

MuraiBatu: Tekanan dengan masalah keluarga di utara tanahair. Eh, Haas tu orang Kedah kan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers