Demi K-POP, Ajieb Murai Kena Buat Pembedahan Plastik?


KL, 22 MEI 2013: Rasanya dah sebulan lebih, teman baik Murai Batu iaitu Ajieb ke Korea Selatan untuk mendalami ilmu dunia nyanyian dan tarian di sana. Rindu pulak Murai Batu nak dengar celoteh pengacara Apa Kata M? ini menyaksikan telatah dia di ofis kami ini.

Bagi semua yang belum mengetahui, Ajieb telah ke Seoul, Korea setelah diterima masuk sebagai pelajar di M Academy, sebuah institusi yang telah melahirkan ramai bintang K-Pop. Kemasukan Ajieb di sana adalah untuk mengikuti kursus Special K-Pop Artist Training Program (SKATP).

Hai, apa khabarlah dia di sana ye? Khabar terbaru yang Murai Batu terima dari Ajieb ialah dia tengah berbahas dengan Blake Shin, seorang produser terkenal di sana tentang pembedahan plastik. Ya betul, negara Korea memang terkenal dengan pembedahan plastik yang menjadi isu utama kenapa kebanyakan bintang-bintang K-Pop di sana kelihatan cantik dan tampan.

artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Artis Malaysia, Hiburan, Demi, K-POP, Ajieb Murai, Kena, Buat, Pembedahan, Plastik


Jadi dari perkhabaran Ajieb ini, mungkinkah Ajieb akan melakukan pembedahan plastik? Kata Ajieb lagi, semuanya belum diputuskan. Ajieb pernah memberitahu pihak di sana yang dia seorang yang beragama Islam dan pembedahan plastik ini dilarang sama sekali.

Pun begitu, ia masih belum mempunyai kata putus lagi. Bagaimanapun, imej Ajieb yang anda lihat sekarang bakal diubah oleh pihak di sana.

Apa-apapun Murai Batu ingin pesan kepada Ajieb, buatlah keputusan terbaik. Jangan lupa asal-usul kita sebagai anak Melayu dan cuba yang terbaik untuk harumkan nama negara. Murai Batu dan semua warga Murai di sini doakan yang terbaik buat Ajieb di sana.

MuraiBatu: Merancang untuk bercuti sebelum menyambut puasa, tapi di mana ye?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers