Siapa Layak Jadi Pendamping Marsha Di Propaganza 3?


Siapa, Layak, Jadi, Pendamping, Marsha, Di, Propaganza 3, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 11 FEB 2013: Di manakah Reza Mohamed? Itulah pertanyaan yang muncul difikiran Murai Batu selepas mendapat tahu program Propaganza musim kedua itu tekah pun melabuhkan tirai pada hari semalam (10 Februari 2013) di Astro Ria saluran 104.

Yelah, Reza yang menjadi teraju utama Propaganza bersama Marsha dari musim pertama lagi secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tempatnya sering digantikan dengan artis jemputan yang lain.

Adakah benar kontrak Reza sudah pun ditamatkan? Atau Reza telah disingkirkan?

Dalam pada itu, Murai Batu dengar cerita, program Propaganza itu bakal disambung lagi berikutan ratingnya yang bagus serta semakin hari semakin berjaya mengumpul ramai penonton setia program itu. Macam Murai Batu ni.

Dek kerana musim baru akan muncul dengan wajah baru, Murai Batu difahamkan Reza memang tidak akan berada lagi di dalam program ini dan tempatnya akan digantikan oleh barisan artis yang pernah menjadi pengacara jemputan bersama Marsha.

Kalau tidak silap Murai Batu, antara selebriti yang pernah menjadi pengacara jemputan itu adalah Karl Shafek, Dafi, Along Raja Lawak, Ray Era FM, Haniff Era FM, Azwan Ali dan Hafizul On Air.

Selain kesemua selebriti lelaki ini, satu-satunya selebriti wanita yang dijemput menjadi pengacara jemputan bersama Marsha adalah pelawak, Didie Alias yang telah pun membuat kemunculan pada episod terakhir semalam.

Walaupun Murai Batu masih belum pasti sama ada kesemua ini adalah calon yang rasmi untuk menggantikan tempat Reza atau lebih tepat menjadi pendamping Marsha untuk musim ketiga, Murai Batu rasa ada baiknya pilihan dibuat oleh peminat sendiri.

Mungkin juga peminat ada idea sendiri siapa yang patut diambil pihak Propaganza. Yelah, puncuk pangkalnya penonton yang melihat. Namun, mungkin pihak produksi boleh memberikan senarai nama yang lebih sesuai mengikut kreadibiliti orang itu.

Mengikut firasat Murai Batu, janganlah terlalu mengikut trend sangat dengan mengambil pelawak sebagai pengacara. Sejujurnya, pengacara perlu ada bakat bukan saja bercakap tetapi bertanyakan soalan kepada sesiapa saja dengan hasil kreativiti sendiri.

Apapun, tidak kisah orang baru atau pun orang lama, Murai Batu merasakan berilah peluang kepada identiti yang benar-benar dikenali sebagai pengacara diawal pembabitan mereka.

Mungkin jua Marsha lebih tahu siapakah yang sesuai untuk bersama dengan dia. Yelah, kalau salah pilih nanti bergaduh pula dengan Marsha.

MURAI BATU: Suka beri peluang kepada mereka yang memerlukan ruang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers