KL, 11 FEB 2013: Sungguhpun Murai Batu dengar cerita ramai yang kurang senang dengan segmen Katanya kelolaan Azwan Ali aka Baby AA dalam program Propaganza di Astro Ria (Saluran 104), Murai Batu dapat tahu segmen tersebut merupakan segmen yang paling tinggi ratingnya.
Senang cerita, paling dinanti-nantikan kemunculan Baby AA dengan berambut merah jambu itu. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu ada yang masih kurang senang dengan kejayaan itu.
Akibat perasaan busuk hati itu, banyak pihak dikhabarkan telah pusing cerita pencapaian segmen berkenaan dengan melontar tohmahan yang tidak berasas.
Walhal, dalam erti kata lain, Baby AA telah membuktikan bahawa dia bekerja sungguh-sungguh tanpa ada melibatkan propaganda seperti biasa dibuat pada apa saja program yang melibatkan ikon ini sebelum ini.
Dengarnya, walaupun bayaran yang diterima oleh Baby AA tidaklah segah yang disangka, Baby AA telah berjaya melaksanakan segmen tersebut dengan menakluk KLCC dan Pavillion untuk mengadakan shooting di situ. Itu semua dikatakan inisiatif dan contact Baby AA tau.
Katanya, bukan semua orang boleh shooting di tempat tersebut kecuali yang bertuah dan betul-betul memberikan impak yang bagus.
Disebaban berjaya tapi masih ramai mengata tentang pencapaian Katanya itu, Murai Batu difahamkan Baby AA tidak kuasa untuk meneruskan program ini walaupun dia amat sayang dan komited untuk mengendalikan segmen itu sehingga diterima ramai.
Pun begitu, selain tidak kuasa dengan perangai talam dua muka segelintir pihak itu, isu tidak kuasa lagi ini juga katanya berpunca daripada bayaran yang ciput. Ish, takkan sampai macam gitu sekali. Setahu Murai Batu, selalunya untuk mendapatkan nama yang besar, setiap produksi sanggup bayar lebih demi meraih rating yang tinggi.
Hakikatnya sekarang ini, disebabkan Propaganza bakal berwajah baru dengan musim yang ketiga tidak lama lagi, kewujudan Baby AA dalam musim baru itu masih lagi meninggalkan tanda tanya. Ada atau tidak tunggu sajalah.
Yang penting, masing-masing ada hak untuk menilai kekuatan program itu datang dari siapa? Adakah Baby AA memberi impak kepada Propaganza atau isi kandungannya? Nilailah...
Bagi Murai Batu senang saja, popular tidak semestinya hebat dan kehebatan muncul dengan adanya kerjasama dari seluruh pihak.
MURAI BATU: Jangan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah wang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.