Fatin AF5, Ejarn Esdeco Bakal Kahwin Mei Ini?


Fatin AF5, Ejarn Esdeco, Bakal, Kahwin, Mei, Ini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 8 FEB 2013: Mungkin masih belum terlambat lagi Murai Batu nak ucapkan tahniah buat bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Rizal yang sudah selamat menjadi suami kepada Maria Mohd Harun yangbertugas eksekutif Firefly pada 16 Januari lalu.

Warga murai.com.my doakan semoga perkahwinan Rizal dan Maria kekal selamanya. Masih lagi bercakap mengenai bintang AF5, Murai Batu dapat tahu seorang lagi bintang AF5 yang terkenal dengan tagline Ada Stylelah! Fatin juga bakal menamatkan zaman bujangnya.

Difahamkan, Fatin yang berasal dari Johor Bahru ini bakal berkahwin pada Mei 2013. Apa yang menarik perhatian Murai Batu, Fatin yang kurang menyinar dalam bidang nyanyian ini bakal menjadi isteri kepada bekas ahli kumpulan Esdeco. Siapa tu?

Ahhah! Jangan silap ye. Bukan Sabhi Saddi tau, tetapi dengan Ejarn yang juga seorang lagi kawan baik Adam sebelum dia jadi bintang AF. Kalau tidak silap Murai batu Ejarn ni pun pernah couple dengan bintang prelude AF4, Leez yang kemudian diserap masuk seketika di dalam program realiti terbabit.

Walaupun hubungan mereka tidak dapat dicium media tempatan, namun Murai Batu dapat tahu bahawa mereka sudah pun berkenalan dan menyulami kisah cinta selama hampir tujuh tahun.

Dan, khabarnya, mereka sudah pun merancang untuk berkahwin pada Mei ini walaupun Murai Batu masih tidak tahu tarikh sebenarnya.

Namun, sahabat rapat kepada Fatin telah banyak mengetahuinya kerana Fatin sudah pun menjemput mereka secara mulut. Apapun, Murai Batu ucapkan tahniah buat Fatin dan Ejarn kerana melusuri percintaan tanpa dapat dihidu media.

MURAI BATU: Ada yang sedang mengintai cinta pemain bola sepak yang sedang nak naik populariti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers