Mengamuk di Putrajaya: Keputusan runding akuan esok




08/01/2013 2:13pm

PUTRAJAYA — Permohonan Muhdalena Ahmad yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, untuk runding akuan bersalah akan ditentukan esok.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd. Izhar memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihaknya masih dalam proses perbincangan.

Sementara itu, perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Kamil Nizam, yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan berikutan masalah kesihatan peguam M. Visvanathan.

Semalam, kes tersebut juga ditangguhkan atas sebab yang sama. Seramai 39 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.— BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers